Tuesday 23 April 2013

Bahasa Johor





Salam rerakan, tempohari kita ada belajar Bahasa Melayu Sarawak kan? harinih akuh nak ajar cara2 berbahasa Johor pulak...Bahasa Melayu Sarawak ditujukan khas buat rakan2 di Malaya yg nak belajar bahasa Sarawak, n Bahasa Johor pulak Khas buat rakan2 Sarawak yang nak belajer bahase Malaye pulek yerr...[sebenarnya xlah semua perkataan yang A di belakang kami ubah jadi E...kalau semua ubah jadik E, BURUK GILERR RUPENYER] 

So far terms2 yang org Johor guna sama jek, cuma sama ada perkataan itu diringkaskan atau di ubah atonasinya..


''Mari kita kenali Bahasa Melayu
loghat Johor yang seronok untuk
diketahui.... Umum sudah tahu,
orang Johor ni memang peramah
belaka dan sebab tu lah kalau sebut
jer orang Johor mesti dia ni....

(1) kuat sembang,
(2) kecoh sikit,
(3) riuh rendah,
(4) senang dapat kawan dan
(5) tak memilih kawan..




Manusia Johor merujuk kepada Johor Bahru sebagai Johor dan tidak JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Joh...or, ia bermaksud Johor Bahru (JB), bandar dan bukan Johor, negeri ini. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Bahru seperti di Masai umpamanya.

Contoh: beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? Jadi, jika dia sudah berada di Johor, tak kira di daerah mana. Jika penduduk tempatan kata nak pergi Johor, ia bermakna nak ke Johor Bahru. 

Jangan pulak buat lawak bodoh berkata, "Eh, lu kan dah
ada kat Johor?" Atau lebih teruk lagi, jangan memandai nak tambah 'ekk' dengan soalan itu.

Penggunaan bunyi "ee" dalam setiap hujung suku kata "aaa" memang semua sudah maklum... Orang Johor tak guna bahasa Baku... Ada juga suka kata akhir perkataan dibunyikan "oo" atau huruf O... Dan ini contoh2 nya...

1. saya (saye)
2. puasa (puase)
3. raya (raye)
4. gembira (gembire)
5. belajar (belajo)
6. pagar (pago)
7. damar (damo)
8. pelantar (pelanto)
10. Johor (Joho)

Itu tak termasuk plak dengan
tambahan bunyi "ekk..." dalam
perbualan orang- orang Johor....
Perkataan "ekk..." lazimnya menggambarkan sesuatu
keadaan yang terlalu atau paling...
seperti ayat-ayat ini.

1. Rumah dia jauh betul ekkk..??
2. Cantik ekkk.. bandar Joho
skarang ??
3. Dia pandai betul ekk..??

x lupa gak perkataan NO....
contoh: jauh NO rumah kau ekk.....




ni contoh x berayat..[malas nak cipta ayat]


JOHO - JOHOR
1. Lapo – Lapar 
2. Kejor – Kejar
3. Segor – segar
4. Selipor – selipar
5. Gebor – selimut
6. Gerobok/gobok – Almari
7. Besor – Besar
8. Muo – Muar
9. Engko – Engkau
10. Calor – calar
11. Cador – cadar
12. Kosi – kerusi
13. Gambor – Gambar
14. Tampor – tampar
15. Pasor – pasar
16. Lawo – cantik
17. Sokkabor – Surat Khabar
18. Hantor – hantar
19. Belajor – belajar
20. Bandor – Bandar
21. Tikor – tikar
22. Esbok – Peti Sejuk
23. Sogame – sekolah agama
24. pestol – pistol
25. Hangen – angin
26. Ngeteh – Minum air di kedai/minum teh kat kedai
27. Air Tawo – Air Tawar
28. Jajan – Makanan Ringan
29. Pasor Lambak – Pasar Malam
30. anggor - langgar
31. Bangku - kerusi
32. Cenggini - Macam Ini
33. Cenggitu - Macam Itu
34. Air Jarang - Air Masak
35. Leca - Tilam
36. Epok2 - Karipap
37. Bak - Bawa
38. Bubuh - Letak
39. Endut - Pakwe/Makwe
40. Jerang - Masak Air
41. Air Jarang - Air Kosong
42. Kokang - Gigit
43. Meh - Mari
44. Membeser - Kencing
45. Nonong - Bersahaja
46. Terple'ot - Terkehel
47. Rewang - Kenduri
48. Leceh - Lambat
49. Saing - Bersama Sama
50. No... - Benar
51. Piuk - Periuk
52. Kememey / Gembeng - Kuat Nangis
53. Sangap - Menguap
54. Godek - Kacau
55. Kopek - Kupas
56. Berlengeng - Tak Pakai Baju
57. Mentel - Ngada ngada
58. Kak Nam - Penyebok
59. Pengkoh - Baling/Tendang Tak Tepat
60. Taruk - Letak
61. Pakkal - Nasib baiklah
62. Ekk !! - penyedap bahasa
63. Anu - benda/barang/orang  yg kadang2 kita blur x ingat nama nak sebut (bukan perkataan lucah!!)
64. Sarap - sarapan
65. Dedes - hiris
66. Bengal - sakit kepala@pening
67. Bingai - ala bodoh
68. Camce - sudu kecil
69. Siot - seakan sial
70. Singai - mcm sengal gak la
71. Bengap - bongok
72. Peel - perangai
73. Selenge - skema
74. Pijor - kebas
75. Koreng - comot
76. Pokok ari - cuaca
77. gohet - kehadapan
78. gostan - kebelakang
79. stemet - jimat
80. meh - mari
81. bela - baiki
82. ungkal - degil
83. ngelat - tipu
84. jalan tegak - jalan lurus
85. ejos - ekzos
86. jamni - skg ni
87. garit - calar
88. Tombot- lori sampah
89. Ginjeng -sembarangan 
90. Mende -Kenapa
91. bak sini - meminta
92. godak - kacau (jap lah, aku tgk godak kopi ni)
93.  Kerempeng - kurus sangat
94. Paing - busuk giler
95. sekali arung=sekali gus/semua sekali.
96. Endot -awek
97. Sajak = sesuai
98. berendot=couple
99. lincah kadok-cepat betul..




Link yg akuh guna untuk mencopy perkara ini : SAYA ORANG JOHOR dan SAYA ORANG JOHOR


Wednesday 17 April 2013

:: WordLess Wednesday #

Mari mengundi untuk kali ke 2..:)
Huduh betul background wed PRU nih....cuba carik kaler ceria sikit..-_-""

Resepi: Mari Menjala

Resepi ni akuh ceduk dari Kak Azlita Masam Manis..termasuklah cara2 membuatnya skali.....Masa hujung bulan 4 hari tuh akuh balik JB, balik sebab ingin memenuhi 3 jemputan serentak, Rumah Hidayah Ali, Pn Dayah n Hera..hah, macam nih lah best..skali balik 3 rumah akuh g makan nasik minyak...kalau setakat 1 rumah x berbaloi rasanya beli tiket flight last minit..huhu...

Pn Dayah minta tolong buatkan roti jala 3kg untuk majlis Khatam Al-Quran adik dia, disebabkan akuh terlupa nak bawa acuan dari Kuching, so akuh bergegas g beli kat Daiso ..sebotol RM5...akuh sebat 8 botol terus..konon2 nak memudahkan proses menjala, skali frying pan ada satu jek..maka, APTB....kepada rerakan yang di Kuching bolehlah tempah Roti Jala saya..sekilo RM18 saja..boleh dapat dalam 80 pcs gaklah kan..

owh yea, kari ayam ami yang buat...sbb akuh nya kari x sesedap ami....


 Ni lah botol yg akuh beli kat Daiso..tapi kat DIY pun ader, murah lagik, dalam RM2.90 kot selai..


 Memula buat macam nih..


 Lepas tuh macam nih..


Ni Makcik ku sedang menolong melipat dan menggulung...



Shela n huda dtg, akuh dapatlah cabut kejap g duduk2 rehatkan pinggan...


ni resepi yang akuh ceduk dari Kak ita...secawan tepung boleh dapat dalam 11-15 keping, depends besar mana roti jalanya..:)
ROTI JALA
By : Adnan Ibrahim [resepi asal] 
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar ~ optional, kalau tak nak susu, letak air
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air atau minyak zaitun
Secubit garam
Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah.
Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi.
Ketepikan 10 minit.
Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci.
Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat
Kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung.
Kemaskan dan alih dalam pinggan.
Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap.
Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.

Sebenarnya bukan nak share cerita/resepi..more kepada share gambar nih..:)

Friday 12 April 2013

Pandanganku

2,3 hari lepas heboh 1 Dunia pasal kes budak sekolah belasah ketua kelas mereka...akuh ckp 1 dunia sebab benda nih tersebar luas kat FB/youtube, n mesti kawan2 akuh yang duduk obersea pun dapat tahu..silapnya cuma 1..mereka upload ke Youtube..

Ya..! upload ke Youtube..! korunk tau xakibat bila dah di upload ke Youtube?? Polis terpaksa bertindak sbb dah ada bukti kukuh, family yang ditindas akan cakap kenapa polis x tangkap2 mereka?? kenapa mereka x dibuang sekolah???

Dan mulalah episod, ni semua salah Najib bagi polis gaji kecik, so polis semua makan rasuah dari family pembuli..sebab tuh polis xbertindak..ini salah BN..UMNO bodoh dan lain2..[bila keyboard warrior bersuara kat komen2 FB] ...Sebab tuh polis bertindak, sekolah bertindak...

Bergaduh x salah...memukul itu salah, belasah itu salah....ini 1 daripada sejuta kes gaduh kat sekolah yang dapat perhatian ramai...[akuh x buat kajian, akuh tibai jek..]

Kesilapan mereka upload kat Youtube dan beritahu semua orang, beritahu satu dunia itu punca mereka ditangkap...


Cuba kalau kita bersangka baik kenapa dia pukul ketua kelas ni..:
  1. mungkin monitor dia rembat gf dia.
  2. mungkin jugak monitor die giler kuasa, seperti mana kita pada zaman kanak2 benci dengan ketua kelas yang poyo n sombong
  3. mungkin monitor die nganjing2 nama mak bapak dia, yelah dulu kalau orang main nama mak bapak kompem kita tinju kasik keluar darah orang yang main2 nama mak bapak..korunk tgok cerita P. Ramlee pun dah tau betapa orang Melayu pantang dikaitkan dengan kisah mak bapak nya...
  4. itu baru sebut mak bapak, buatnya kutuk awek dia??akuh rasa mmg lagik lunyai ketua kelas tuh...
  5. mungkin ketiak ijat busuk sgt, so ketua kelas tegurlah "woii ketiak kau busuk lah..akuh x boleh nak belajar ni woii" sape x hanginkan kalau org tegur ketiak busuk????? mmg patut kene hentak...
  6. Atau kerja sekolah ketua kelas x siap, then dia bengang sbb x dpt nak tiru jawapan soalan 2+2=?? sbb cikgu nak harinih jugak homework 2, ijat jadik tertekan lalu memukul ketua kelas tersebut..
  7. boleh jadi jugak ketua kelas nih kaki report, sikit2 "cikguuu..dia kan, smlm kann..itu kannn...ini kann???" pergghh akuh kalau dapat yang jenis mengadu2 nih mmg akuh bagi kaki smpai patah kaki kau dibuatnya..
nampak x??/ ini salah satu punca yang boleh menyebabkan pergaduhan, pembelasahan, pembunuhan...bagi akuh selagi x mati itu adalah normal budak2 DULU dan SEKARANG mengajar budak yang kalau kiter pandang mmg mintak penyepak...

cuba tanya kawan2/makcik/pakcik2/diri sendiri/abang/boifren/awek/cikgu/lecture/boss/doktor or sesiapalah...pernah x dorg gaduh/bertumbuk sampai pecah tingkap kelas, pecah notis board?? mesti salah seorang dari yang akuh sebut di atas pernah..paling kuat pun pembaris kuning kat blackboard tuh patah dua..

akuh xlah sokong atau kata cara si dia nih menegur/membelasah Ketua Kelas dia tuh bagus..tp mesti bersebab..mesti ada sebab kenapa jadi macam nih...

xkanlah ko tengah elok2 kawan baik dengan dia, makan sama2 jalan pimpin tangan tetiba kena belasah??? xmungkin n x lojik dek akal...mesti bersebab..

Akuh harap lepas nih dia cuba belajar bersungguh2 jadi orang berguna bila dah besar nanti..bukan masa zaman sekolah malaikat, tp bila dah kerja, masa nih lah baru nak start berbunuh-bunuhan [tp di bidang kerja/dewasa cara berbunuh cukup pakai kata2, sekali cakap sekali maki abes boleh mati kawan tu...]

ni just pandangan akuh..kalau x setuju, akuh x kesah, sbb akuh pun xsetuju cara pandangan anda semua..:)







Wednesday 10 April 2013

Review : Malindo Air



Jumaat lepas akuh ke KL dengan menggunakan Malindo Air..beli tiket hujung bulan 3, dalam 2 minggu lagik nak fly..harga tiket mmg berbaloilah..murah..RM158 returns..


Tapi 1st time naik dah delay..delay selama 1 jam..yg sepatutnya akuh fly on 1115pm, sudahnya jadik jam 12:30am..Delay2 nih mmg akuh x kesahlah..sbb dah terbiasa dengan delay AirAsia..

Check in macam biasa..masa check in dia tanya nak duduk kat kerusi mana...akuh as usual mmg akan pilih seat belakang2 n wajib F tepi tingkap, sbb nak tgok rumah sendiri...bag free 15kg utk sumbat dalam kargo..kalau exceed akan dicas RM10 per kilo...masih murah..!

Yang bestnya...masuk ikut hac, xyah naik turun tangga..terus jek direct masuk...disebabkan akuh ader baca review b4 nih, kalau nak naik better bawak earphone, so mmg akuh dah siap2 bawak earphone dalam bag..mmg bau kedai abeslah flight nih...bau segar jek..AA ada masam sikit..MAS wangi tp xberapa menarik interior die [flight KCH-KL, lain2 xtau] 

masuk2 akuh mmg sedia jakun terus tekan2 segala butang2 nak pilih movie..kekonon tau lah nak tgok cerita ape..ader 10++ movie yg diesediakan, ada gak tv show/drama, music, sport n kids..so akuh pilihlah movie...citer [marverick ape tah]  cucuk earphone n layan..dorg gak ader jual earphone just RM5 jek..tp jenis ape xtaulah kan...xmungkin beats..






ruang kaki mmg besar [abaikan peha montok akuh itu]



dalam dia pun cantek....




tgh tgok2, tetiba di hidangkan sandwich tuna+air mineral..[agak tercekik, tp oklah kan freee...]




n yang paling best n sangat best..!! akuh boleh cas henphone akuh..just cucuk jek USB cable kat USB port settle..smpai KL batt 100% charge..


sampai KLIA jam 2am..kesian Pujaan Hati tunggu lelama..n KLIA agak meletihkan..sbb besar..[yea akuh mmg baru 2 kali masuk dalam KLIA, jalan jauh2...kalau hantar org itu dah biasa..] yang nih akuh lagik suka airport JB...pendek, jalan x jauh..

Balik Kch..delay 2jam..sepatutnya flight pukul 855pm, tp delay smpai jam 1030pm....yang ni x berapa nak best..sbb dia x announce, x sms pasal delay..akuh punyalah pecut ke KLIA ssb dah lambat masa tuh..skali delay..

kali ke 2 yang x best, die x announce lagik bila waktu sebenar akan berlepas, sbb dah pukul 1030, masih xda tanda2 kami boleh terbang..tik tok..tik tok..pukul 12 dah...cit..!! lama giler kot..dah naik flight, skali pilot announce "maaf di atas kelewatan, kini kita akan mengalami kelewatan lagi kerana ingin menukar tayar flight, dijangka akan berlepas lagi 10min.." 

last2 fly pukul 1230am, then smpai kch jam 2 am...n akuh tgok passenger dari KCH-KL pulak akan naik lepas tuh...amik kau..pukul 4amlah korunk smpai..

Sampai rumah jam 3 am, terus tido..esoknya kat opis akuh hentam tido..bapak ngantuk weii..!!

so far akuh cuma suka flight dia jek, dari segi delay, airport bagai akuh x berapa suka n boleh mendatangkan marah..!!

untuk recommend pun akuh x berapa nak berani..sbb sape yg ada ilmu kesabaran penuh didada jek layak naik Malindo ni..huhu


Thursday 4 April 2013

Amanda Imani - Selamilah Cinta


Composition: Ajai
Lyrics: Ajai
Actor: Samuel Rizal

(VERSE 1)
Baby,
Cuba kau renung mata ku ini, kasih,
Kau kan lihat erti cinta dari renunganku,
Renungkanlah agar kau mengerti..

(VERSE2)
Baby,
Dari mula seharusnya kau mengerti diriku,
Kau kan lihat betapa hebatnya cintaku,
Kerna aku permaisuri cintamu..

(BRIDGE)
Cinta bisa merubah segala,
Segala galanya,
Cinta juga bisa membawamu,
Terbang bersamaku..

(CHORUS)
Cintailah cintaku ini,
Dan aku akan cintai cintamu,
Kerna tiada yang seindah cinta,
Bila tepat pada pencintanya..

Cintailah cintaku ini,
Kerna ku amat mencintai kamu,
Percayalah kau akan rasa sesuatu,
Bila kau selami cintaku,
Selamilah, selamilah cinta..

(BRIDGE)
(CHORUS)


TERJAH : Lagi Best BBQ & Steamboat

Rasanya akuh xpernah pun promote kedai steamboat familyku.so harinih akuh nak share sikit tentang bisnes along n shela yang Alhamdulillah makin maju dari hari ke hari..

Kedai ini diuruskan oleh Shela n Along serta beberapa family terdekat shela..Ianya terletak di Taman Gaya, Johor Bahru...anda pasti berpuas hati bila tema "ALL YOU CAN EAT"

Disini akuh sertakan sedikit info tentang Lagi Best BBQ & Steamboat:


.

Alamat : 31 Jalan Sasa 5, Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor

GPS Coordinates: 1.568714,103.802152

No Telefon : 07-861 4725 atau 017-7099914 

Masa Operasi : 5pm - 12 am
Tutup :Hari Rabu. Minggu ke-2
Harga :
DEWASA: RM 23.00
KANAK-KANAK 5-12 tahun : RM 11.00
WARGA EMAS (60tahun KE ATAS) : RM 10.00

kalau datang Johor cubalah makan disini..sebut jek nama ili....anda cuma perlu bayar RM23.00 sahaja untuk dewasa..[xde promo pun..]



pintu masuk Restoran Lagi Best



 makanan bercengkerang yang segar...



 Pilihan ayam, ikan, udang sotong dan daging lembu, yang telah atau belum marinated..



Ruang memasak yang luas dan selesa...



 



Pelbagai pilhan sos..




udang segar dan hidup dari ladang...


pelbagai pilihan untuk bebola ikan/udang/sotong/ketam/daging



inilah tulang belakang Lagi Best BBQ & Steamboat..!!

Trivia:
  • korunk boleh makan apa saja, ambil berapa banyak yang korunk muat..tapi cas RM5 dikenakan kalau membazir...membazir tuh kan amalan syaitonnnn
  • terdapat 2 pilihan sup [2-2 anda dapat] tomyam dan sup ayam
  • untuk tidak mengalami ponek [kempunan] sila hubungi 07-861 4725 awal untuk tempahan...
  • owh ya ada lagik..air cordial dan gas adalah percuma...!!! dan air panas hanya RM2.00 unlimited refill...juga disediakan aiskrim untuk anda segarkan tekak..
  • makan dan minumlah sampai kembung...
  • tapi ingatlah, berhenti makan sebelum kenyang, supaya xmalas lepas tuh...
  • mempunyai sijil2 halal bagi setiap makanan yang dihidangkan...


ni direction untuk ke sana [dari bandar JB ke Lagi Best BBQ n Steamboat] :

GPS Coordinates: 1.568714,103.802152


Driving directions to Lagi Best BBQ n Steamboat


Johor Bahru, Johor

1. Head northwest on Jalan Yahya Awal toward Jalan Ismail
800 m


2. Turn right to merge onto Jalan Lingkaran Dalam
1.1 km


3. Take the ramp to Lebuhraya Tebrau
280 m


4. Keep left at the fork and merge onto Lebuhraya Tebrau
5.8 km


5. Continue onto Jalan Pandan
5.6 km


6. Continue onto Jalan Kota Tinggi
1.4 km


7. Take the exit toward Persiaran Pelangi Indah
500 m

8. Turn left onto Persiaran Pelangi Indah 
450m

9. Turn right onto Jalan Sasa 1  
41 m

10. Take the 1st right onto Jalan Sasa 5

Destination will be on the left 
120 m
Lagi Best BBQ n Steamboat
31 Jalan Sasa 5
81800 Ulu Tiram, Johor




Antara Review atau testimoni rerakan blogger yang lain yang akuh sedut dari gugel..:

1. Lakaran Kehidupan
2. My Tales n My Tales
3. Hope is Harapan
4. The Battle Life of Me
5. Lily Asrari


Alhamdulillah, komen2 mereka pasal Lagi Best BBQ & Steamboat nih amat memberansangkan...terima kasih diucapkan..:)






Wednesday 3 April 2013

Kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang


Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat.

Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di kolam madu.


Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang.




Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali. Mereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari.

“Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main, mahu?” Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi.

“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya?” balas Puteri Sejenjang.

“Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu kita petik bunga-bunga yang telah mekar di taman.”


“Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di taman sana.”
Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing hingga selesai.

Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun kain. Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.


Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejenjang asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang kecantikan diri masing-masing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri.

“Sejenjang! Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini! Dengan duduk menenun seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku pasti suatu hari nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan mengahwini aku. Aduh! Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang?” Tanya Santubong kepada Sejenjang yang asyik menumbuk padi.


Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. “Bila aku sudah diam di istana nanti, tentunya dayang-dayang mengelilingi aku, sambil menyikat-nyikat rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka akan berkata, inilah anak dewa kayangan yang paling cantik pernah mereka temui. Saat itu akulah tuan puteri yang paling cantik di dunia ini.”


Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan cuba menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya sahajalah yang paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang paling cantik dan rupawan. Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri Santubong.

“Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi begini menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur menawan. Leher juga jinjang. Betis bagaikan bunting padi.”


“Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku ini serasa tegap daripada engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah nanti, engkau cepat pula rebah ke bumi. Takut pula anak raja itu melamar aku dahulu,” balas Puteri Sejenjang.


Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan mengalah. Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu dipuji. Akhirnya, pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang semakin hangat. Masing-masing tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara keduanya berlarutan.

Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain.


“Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi bunting padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-jemari kau tu, kesat dan kasar. Tidak seperti jari-jemariku ini yang halus serta runcing,” kata Puteri Santubong dengan bangga.


Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri Sejenjang hilang sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di tangan. Ayunan pukulan Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang sedang duduk menenun kain. Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan.


Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam diri, lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada dalam genggamannya. Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang dan menembusinya. Maka menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat kesakitan tikaman tersebut. Berakhirlah sebuah persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka selama ini.

Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga dengan tikaman batang belidah oleh Puteri Santubong yang mengenai tepat ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan Bukit Sejenjang pecah bertaburan menjadi pulau-ulau kecil berhampiran Gunung Santubong.


Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya menjadi kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.


Oh……Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.



Pengajaran :

1. Iri hati membawa mati.
2. Jangan sombong.

Adaptasi daripada Dewan Pelajar. Februari 1989. 
Copy bulat2 dari : 

Tuesday 2 April 2013

April

Masuk bulan april, bermakna genaplah 4 bulan sesi suai kenal antara kau dan akuh...
siapa kau? siapa akuh? akuh masih lagi belajar..belajar cara-cara untuk tahu apa kau mahu, apa kau x mahu..

Sememangnya akuh rasa bahagia, tp dalam masa yang sama akuh rasa akuh masih tercari2 apa yang akuh perlukan, apa yang kau perlukan...akuh selesa begini, dan akuh harap kau juga selesa begini..

Mencintai xsemestinya memiliki, memiliki x semestinya menjadi hak milik mutlak...maka kami memilih untuk belajar mencintai, belajar apa itu memiliki, belajar apa itu bahagia...

Bukan senang nak ubah apa yang akuh dah selesa selama 2 tahun nih, bukan senang nak belajar apa kau suka, apa yang akuh xsuka..tp Alhamdulillah, kau mengajar, akuh mengajar..Kami sama-sama belajar...

Semoga apa yang cuba akuh bina, apa yang cuba kau bina dapat kita satukan dan menjadi jalan untuk kita sama-sama tempuhi hari ini, esok dan selamanya...


pic ehsan dari Loyah..huhu