Tuesday 25 June 2013

Kami giler..

Petang tadi akuh mintak tolong amoi amik akuh kat airport, sbb akuh g anta kete kat customer..then masa balik kami singgah kat City One, .teringat yang Baskin Robin baru bukak kat sini, so kami pun ngengada nak beli, nasib baik x ramai orang..kengkonon nak try Food Court die..skali pusing-pusing macam xde mende sangat nak di telan..lepas makan aiskrim, akuh ajak amoi main game joget ni..[gambar xde, sbb batt low] korang bayangkan lah akuh main dengan baju kurung + tudung+CK heels, n amoi dgn long skirt+blouse+DP flat..xke macam orang giler..?? 3 kali fight, juaranya?? tentulah akuh..!! yeaahhh..

pic ehsan En Gugel..




lepas 2 akuh ajak die main drum jepun pulak...giler lah, berpeluh2 kot + kaki sakit sbb menari macam candi borobudur  tadi..ok now kami dah ader xtvt baru, lepas ni boleh hangkut shikin join de club..menarai-nari..



pic ehsan En. Gugel..


Sunday 23 June 2013

Monsters University


Jalan cerita yang langsung x membosankan..!! cerita ni mengisahkan mcm mana Mike Wazowski berjumpa dengan P. Sulley Sullivan. Kalau Monster Inc yang dulu tu cerita pasal diorang dah kerja yang ni pulak, cerita 10 tahun kebelakang pasal mereka..

Akuh ajak Amoi n S [bukan nama sebenar] layan akuh movie ni..mana tau rupa-rupanya diorang 1st time tengok..terpaksalah akuh brief sikit cerita Monster Inc yang 1st tu...

Papepun akuh bagi 18 Bintang untuk movie ni.....!! n budak2 yang tengok movie ni pun behave, x jerit2...kira x ganggulah kami layan movie...haha
\
Kepada Yaya, awak wajib tengok cerita ni...!! best gile..giler..giler..!!!

Saturday 22 June 2013

Farmville 2 Fix To Craft Oat Cakes

Minggu ini minggu kedua untuk settle kan "Horse Quest" semua Quest agak senang, cuma ada a few bahan yang perlu minta kat kawan-kawan...

Salah satu Quest ialah "Craft Oat Cakes", terus masuk dapur semangat nak masak Oat cakes, skali tengok dia kata "Harvest some oats" bukak kedai biji benih, cit mana oats ni??? xde pun...cari sana sini xde.. terus akuh google "where to get oat in farmville 2"


tadaaaa...settle masalah..:) so esok jam 11am dah boleh tanam oat banyak2..:)

Wednesday 19 June 2013

Keywords tak menahan..!!


mementanglah wa ada tepek bahasa sarawak, keywords ni yang dorang carik dalam blog wa????? lucah bebenor...!!

Monday 17 June 2013

Review : Jangkar / Jantan Waterfall

Sabtu lepas akuh, Yap, Dayah, Shikin dan Ada pergi berlibur di Air Terjun Jangkar.. Perancangan asal kami sepatutnya bertolak dari rumah Yap jam 7am..tapi disebabkan kegagalan akuh untuk bangun pagi, maka kami bertolak dalam jam 8am.. itu pun selepas Dayah kejut akuh pukul 7am...kelam kabut akuh bersiap..

kami singgah di Kedai makan area MJC, Batu kawa untuk breakfast..[wajib makan dulu sebelum ke sana, sebab kedai makanan halal terakhir hanya boleh di jumpai di MJC] kalau anda terlepas MJC anda boleh makan di pekan lundu, tapi terpaksa menahan lapar selama 1jam 15 minitlah..

gedebak, gedebuk kami sampai di Kampung Jantan jam 11am..terus daftar dekat Koperasi [masa ni kami confident bayar RM100 untuk 5 orang dan RM5 untuk parking kereta] dan kami di beri Encik Abas sebagai  guide untuk kami masuk ke Hutan..

maka bermulalah ekspedisi kami selama 1 jam 15 minit meredah hutan belantara...

parking di celah-celah rumah orang..


masing-masing bersemangat...


Ada dan Dayah mmg hebat, diorang jalan giler laju..!!


ni akuh, Yap n Shikin dah hampir mati keletihan....


ada 2 pondok kat sini, xtau untuk apa....x singgah pun


Finally..!!!! kami sampai sudah..selepas 10kali berhenti mintak nyawa ala-ala Candy Crush Saga..
waktu ni akuh sopan lagik..




hah, masa ni akuh dah tunjuk body2 gemuk akuh kat orang awam dah..
kami masa ni dekat 1st Waterfall.. ramai yang panjat batu belakang shikin then terjun..[next time akuh wajib  buat...!!]

🌟🌟🌟🌟


Masa makan dan minum, mandi-mandi dekat 1st Waterfall, akuh sempat berkenalan dengan beberapa tourist dari Singapura yang baru sampai..dan terus join diorang tangkap Udang kecik.. akuh berjaya tangkap sekor udang besar ala-ala jari kelingking.. then masa ni akuh tergerak nak tanya nama guider yang bawa bebudak singapore ni..nama beliau BENYAMIN..!! demmit..! orang ni lah yang ramai suggest amik sebabgai guider.. dan dia lah yang bawa kami ke 2nd Waterfall..nak ke 2nd Waterfall ni jalan die agak susah, jalan majoriti semuanya pacak..90 degree...!


Tapi pemandangan dari atas, SubhanAllah!! cantek sangat2...

gamar2 di atas semuanya di ambil oelh Encik Ben, kami punya Encik Abas duduk dediam jek...








Kasut masa balik mmg dah nazak...kesian giler..!!!




✖✖✖✖✖

Trivia:
  1. anda di nasihatkan sarapan sebelum bertolak ke Lundu
  2. masa yang sesuai sampai di sana adalah selewat-lewatnya jam 1230pm.
  3. anda boleh request "ayam pansuh" dan beberapa jenis masakan dari BEN..insyaAllah halal..sebab dia orang islam..
  4. pastikan anda memakai kasut yang sesuai dan kasut yang tahan lasak..bukan pakai kasut yang dah setahun x pakai, nanti jadi macam saya...pakai selipar pun boleh, tapi xselesa lah kan..bahaya jugak..
  5. air sebotol besar cukup untuk perjalanan pergi dan balik..
  6. kalau anda bukan jenis yang fit sangat, xperlulah bawak barang berat-berat..
  7. baju-baju boleh ditinggalkan di kereta, sebab anda akan bersihkan badan di tandas yang disediakan di bawah..
  8. tiada tandas di atas, untuk segala urursan pembuangan toksin sila buat sebelum memulakan pendakian.

info Jangkar Waterfall:

  • Jangkar waterfall terletak lebih kurang 95km dari Bandar Kuching iaitu 1 jam 30 minit memandu..untuk ke sini anda perlu ikut Jalan Batu Kawa dan belok kanan masuk ke simpang Lundu/Sematan, dari Jalan Lundu/ Sematan anda akan jumpa simpang tiga.Ambil kiri dalam 10 minit anda akan jumpa Jalan Biawak di sebelah kiri. Kemudian anda akan jumpa Kampung Jantan kira-kira 5 minit perjalanan, masuk simpang kanan...
  • Anda akan masuk jalan kampung dan akan jumpa Koperasi, kalau boleh jangan pergi ke Jangkar menggunakan perkhidmatan koperasi, kerana anda akan dikenakan bayaran berlebihan daripada koperasi. Adalah dinasihatkan supaya anda mencari Encik Benyamin Hasumo [014 899 9158] kerana khidmat guide dia sangat bagus.. Dia akan beri macam-macam penerangan..dan dia juga photographer yang hebat..! hehe





View Larger Map


Ringkasan :

  • Dari Kuching ke Kg Jantan, Semantan = 1jam 30min [bergantung kepada pemanduan anda], 
  • dari Kg Jantan ke 1st Floor Jangkar Waterfall = 1 jam, 
  • dari 1st floor to 2nd floor, 10minit.. 
  • TURUN 30MIN SAHAJA OK..!!!!!

Friday 14 June 2013

Beli Kereta Dapat Duit????

Macam mana caranya mengubah Liabiliti menjadi duit poket atau extra income??? ramai yang cakap sayangnya sewa kereta, sayangnya kereta baru di buat sewa...sayangnya itu sayangnya ini..tapi bagi akuh yang gilakan $$ dan $$ xpernah cukup dalam poket membuatkan akuh tolak tepi kesayangan itu....dan dalam masa yang sama akuh juga turut membantu kawan2 yang perlukan $$ tambahan dengan menyewakan kereta kesayangan mereka...

RISIKO BESAR menyewakan kereta anda ada 3:
  1. kereta anda bakal DICURI..!
  2. kereta anda bakal ACCIDENT TERUK!
  3. kereta anda bakal HILANG ALAT GANTI ORIGINAL!

RISIKO kecil pula :
  1. kereta calar balar
  2. kereta kotor dalam dan luar
  3. banyak benda tercabut [kotak dashboard/tempat safety belt/side mirror dan lain-lain]
  4. minyak hantar separuh balik kosong
  5. saman-saman parking/trafik 
tapi Alhamdulillah setakat ini pelanggan-pelanggan akuh semuanya bagus-bagus, yang menjahanamkan kereta adalah tuan kereta sendiri...abes semua dilanggarnya, tong sampah, divider [paling kerap]..sebab itu akuh sayangkan Sarawak, sbb di sini mudah untuk buat extra income, dari menjual kek lapis ke ikan terubuk, sampailah ke bisnes perlancongan..

Apa yang perlu anda ELAKKAN untuk mengurangkan RISIKO BESAR ini ? :
  1. JANGAN sewakan kepada PELAJAR IPT..sebab apa?? anda pernah jadi pelajar IPT? anda pernah sewa kereta masa time belajar dulu?? saya rasa anda paham kenapa..
  2. JANGAN/ELAKKAN sewakan kepada orang LOCAL... contoh macam akuh sekarang ada di Kuching, maka akuh susah sikit kalau nak sewakan kat orang Kuching, kecuali betul-betul kenal atau akuh akan usha rumah customer berdasarkan alamat IC dan tempat kerja mereka..Langkah berjaga-jaga ni perlu di ambil untuk mengelakkan kecurian  kereta berlaku..yelah kenapa orang Kuching nak sewa kereta kan?? kecuali ada wedding/konvo yang saudara mara dari jauh ramai yang datang..
  3. JANGAN SEWAKAN kepada STUDENT FOREIGNER..esp abang black yang gagah-gagah n badan ketak-ketak tuh...sebabnya takut kot2 dia bawak dadah ke, n mereka terkenal dengan golongan yang memandu sangat berbahaya..dan jangan terkejut kalau kereta anda Accident/rosak, diaorang akan letak jek kat tepi jalan dan biarkan.
jangan sewakan jika anda rasa ragu-ragu atau x sedap hati bila jumpa customer yang x semenggah..!!!


setakat ni Saga akuh di rehatkan dari di sewa mungkin sampai raya, so yang ada cuma seperti di gambar saja..:) InsyaAllah dengan niat yang betul, kejujuran serta ke nekad dan tekad kita mesti berjaya..:)









Kami juga ada menyediakan kereta Viva, Wira, Kenari, Myvi tapi belum di update lagi..tengah tunggu owner hantar gambar..







Thursday 13 June 2013

Hari MC

harini akuh MC di sebabkan kesakitan yang amat sangat di bahagian ( . )( . ), saket dia macam denyut- denyut, macam membekak pun ader, n akuh pergi dapatkan rawatan di Helen Ngu Surgery And Clinic For Women, ni pun atas suggestion amoi Ean Tzee n Rayner..akuh ada jugak buat Pre-test sendiri kat rumah.. tapi hasilnya Negative...

Agak happy lah sbb negative, tapi yang x happy nya, saket tu masih lagik ada...time akuh menaip sekarang pun masih lagik berdenyut2...masa check up, akuh di raba oleh doktor helen, hamboii amik kesempatan betul..! nasib baik doktor perempuan, tapi yang x bestnya dia dah tua..kalau doktor gadis mau akuh bacaaakkk kan doktor tu..hahaha..Hasilnya, doc cakap cuma muscle pain saja..x ada apa2 yang serius..


Doktor bagi ubat apetah, katanya untuk mengurangkan pembekakkan n muscle pain akuh nih.. hasil dari consultant+MC+ubat 3 paket harga yang perlu akuh bayar adalah RM130... perrghhhhh hebat benar harga tersebut..!!! x apalah, janji akuh dah ambil langkah berjaga-jaga..takut jugak kalau2 ada lump ke, ada kanser ke..adalah lebih elok akuh berhabis sikit dulu, dari terhabis beribu-ribu lepas ni...




mungkin kawan2 ramai dah lupa cara-cara nak check kot2 ada biji yang x di ingini ke or pengesanan awal kanser payudara ni meh akuh ajar cara-cara dia...khas buat wanita-wanita, gadis-gadis juga abang-abang pengkid kat luar sana ya..:)



anda cuma perlukan masa x sampai 10minit untuk check sendiri dada anda..cara-caranya g baca sendiri kat atas ni...dulu pun pernahkan kita belajar cara-caranya...

Helen NGU Surgery And Clinic For Women  
Central Park Commercial Centre, Lot 2579, 251, Third Mile Bazaar, Kuching, 93200, Kuching, Sarawak Tel:082-251 999 
Fax:082-251 966 
HP:019-886 6987 

  🍣🍣🍣🍣🍣🍣🍣🍣 

Lepas beramas mesra dengan Doktor Helen, akuh n amoi pergi melepak kat Plaza Merdeka... atas tujuan?? xde tujuan...n saja masuk speedy, skali terjumpa CD Zumba ni..akuh beli 2 helai, 1 akuh bagi amoi, 1 lagik akuh punya..kengkonon nak bersenamlahkan..tp dada kan tengah saket, so x berapa elok nak bersenam sangat, akuh just cucuk dalam DVD Player, then biarkan dia play ala-ala layan movie menari gitu... hahaha.. tah bila akuh nak start ber Zumba pun xtaulah kan.. doakan akuh rajin untuk berzumba ya kawan-kawan... supaya perut kekal langsing, peha kekal mengurus gitu..haha

RM19.90 sahaja..atau anda boleh dapat free di Youtube..!






Sunday 9 June 2013

Welcome to tominica wardrobe

My friend baru bukak blog shopping, feel free untuk jenguk2 ya..

Click,
Click,
Click,

HERE.....!!!!!




Review : After Earth


After Earth
2013 Film
4.7/10-IMDb

After Earth is a 2013 American science fiction adventure drama film directed by M. Night Shyamalan that he co-wrote with Gary Whitta based on an original story idea by Will Smith, about a military father ... Wikipedia
Bagi akuh citer nih mcm biasa-biasa jek, n susah nak paham...yang akuh paham n buat akuh sedih, bila anak2 helang kene makan dengan harimau, then mak helang mati disebabkan kesejukan yang melampau..

dan yang paling akuh x paham movie nih fullhouse, ke akuh yang bengap2 x paham plot dalam citer nih..??

:)