Sunday 28 September 2014

Review: Holiday Villa Alor Setar

Kerja kali ni menyebabkan wa kene travel ke Alor Setar, Sabah, Sarawak n Terengganu... Kami memilih untuk melepak di hotel Holiday Villa  selama seminggu...Meh wa review sikit pasal hotel ni..


Ni price bilik dia..kalau ikotkan hati nak je wa stay kat Royal Suite, tapi apakan daya, xlayak...



Ni bilik Superior dengan katil single queen, bilik agak besar..price kami dapat per night ?? RM190nett include breakfast for 1.



Toilet die bapak luas..! wa sebenarnya xsuka toilet luas-luas, 
mulalah terbayang kisah-kisah alam angker...puihhhh..!!!

Hotel ni gak ade gym, dapatlah wa bersenam sikit selepas penat bekerja, then keliling hotel ni meriah ngn kedai makan, n ada bawah dia ada City Plaza. Shopping mall ni boleh lah, baju kurung murah-murah, n paling best sbb ade boling, wayang, snooker n karaoke...



Friday 26 September 2014

Terkesan...

ada betulnya kata-kata MG..:)

"Pertamanya, tinggalkan kekasih mu yang tidak diiktiraf dunia dan akhirat. Jangan beralasan tanggungjawab kerana kawan. Bila sahaja kau pernah merasakan dia lelaki mu atau dia isterimu itu tandanya kau di jalan yang tidak benar. Tinggalkan dia. Maaf, keras ayatku.  Tapi, untuk apa aku berlapik lagi, sampai bila?
Keduanya, lengkapkan solat dan aurat. Usaha, usaha hingga mati.
Ketiga, cari ilmu, dengan ilmu kau akan semakin dekat dengan tuhan dan orang-orang yang baik.
Cukup, buat tiga ini dulu. Inshaallah kau akan temui yang lain. Andai salah satu langkah ini kau gagal istiqamah, atau tidak buat, tapi terusan meroyan akan nasibmu, akan jodohmu, akan rumitnya hidupmu..tandanya kau yang memilih itu semua. Kau yang memilih engkar."

Jom Belajar n Hafal Makna Dalam Solat

Salah satu cara untuk kusyuk dalam solat selain tenung satu titik kat sejadah, mengetahui makna dalam solat juga salah satu punca kita dapat kusyuk dalam solat..

100% copy dari AZRUL AZMI

Selamat Menghafal dan Mencuba..:)

p/s: owh ya..makna ni baca dalam hati serentak dengan lafaz bacaan dimulut..:)

ERH

Wednesday 24 September 2014

Resepi Diet Atkins Saya

BREAKFAST         
   
PIZZA TELUR


Bahan-bahan:
2 Biji Telur
½ hotdog [potong bulat2 nipis2]
Ayam - potong kecik2 gaul dengan black pepper+garam [goreng xde minyak/minyak 3titik siap2]
Sebiji tomato cherry [potong dadu]
½ keping cheese potong dadu

Cara-cara:
  1.  Pukul telur sampai kembang, then tuang dalam non-stick frying pan[xyah minyak] / kuali [minyak sesudu]
  2. Kira sampai 10 atau lapisan bawah telur dah masak sikit [atas masih mentah], TUTUP API.
  3. Tabur semua bahan2 hotdog/ayam/tomato dan last sekali cheese…kemudian hidupkan api [kecik jek]
  4. Masak sehingga bahagian atas kering [telur dah masak] JANGAN DITERBALIKAN nanti cheese cair susah
  5. Lipat dua dan hidangkan..:)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


MURTABAK TELUR

Bahan-bahan :
2 Biji Telur
1 ekor ikan sardin tin [hancurkan]
1 sk kuah sardin
Bawang besar [potong dadu]
Cili padi/cili [potong dadu]

Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan, pukul sampai sebati
  2.  Tuang dalam  non-stick frying pan[xyah minyak] / kuali [minyak sesudu]
  3.  Masaklah macam masak telur dadar. BOLEH DITERBALIKKAN
  4.  Siap di hidang sedap dimakan bersama-sama kari cair

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lain-lain Menu Breakfast :





  • Telur rebus [3 Biji]
  • Telur ½ masak [3 Biji]
  • Telur Mata [3 Biji]
  • Hot Dog 2 batang

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------


LUNCH dan DINNER
  

AYAM GORENG
3 Ketul Ayam [sukati nak bahagian apa, recommend dada]
1 Biji Telur [Masak scramble egg]


IKAN GORENG
2 Ekor Ikan
1 Biji Telur [Masak scramble egg]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAGING/AYAM/KAMBING PANGGANG
2 tapak tangan dan tebal ½ inci]
1 Ulas Bawang merah }
2 Ulas Bawang putih   }    [blend]
Halia sebesar kuku      }
 ½ sk jintan halus  }
½ sk jintan kasar } [tumbuk kasar]
½ sk ketumbar   }

Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan, then perap simpan dalam peti ais  [bahagian bawah 30min atau semalaman] lagi lama simpan lagi sedap..
  2. Masak dalam oven/kuali/api [bbq]

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    
IKAN STIM/BAKED

1 Ekor Siakap besar separuh A4 lipat 2
½ lemon ambil air dia

1 Ulas Bawang merah  }
2 Ulas Bawang putih    }  [blend]
Halia sebesar kuku      }
Black pepper
Garam
Minyak Olive/minyak masak/butter
Kertas Foil

Cara-Cara:
  1. Bersihkan ikan
  2.  Bentang kertas foil 2 kali ganda besar ikan
  3. Lap-lapkan ikan dengan semua bahan [kecuali minyak]
  4. Letak ikan atas foil, then curah semua bahan yang berlebihan then lipatkan kertas foil
  5. Simpan 20min dalam peti ais
  6. Bakar dalam oven 20min dengan suhu 150'c atau kukus 20 min atau bakar atas api bbq atau atas kuali leper
  7. Siap…

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SAYURAN
Semua boleh makan dan masak lagi hijau lagi bagus..setiap hidangan mesti ada sayur, kalau malas potong timun 10 hiris.
Jenis Masakan :
·        
Belacan
·         Goreng            
·         Sup                          
·         Saute               } garam sikit, NO MSG/NO AJINOMOTO
·         Rebus
·         Mentah

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MINUMAN
·        
Green tea
·         Teh O
·         Mint Tea
·         Camomile Tea        }  TAKDE GULA WALAU SEBUTIR
·         Air Suam
·         Teh O Ais




TAHAP KEKENYANGAN SETIAP HIDANGAN


Sekejap dah lapar


Senang lapar


3 jam dah lapar


Boleh tahan sampai meal seterusnya

Kenyang giler!!