Saturday 31 January 2015

Bagaimana ingin berubah ke arah kebaikan???

Maafkan saya, 

Adalah tidak adil bila diri ini yang sememangnya telah terima Hidayah dari Allah utk saya membuat keputusan nak berubah itu mudah! Nak kekalkan itu mudah! Tanpa memikirkan perasaan/jiwa kawan-kawan yang masih menunggu Hidayah dari Allah..Ya pagi tadi dengan senang hatinya saya cakap pikirlah mati... Tapi saya lupa macam mana cara terbaik untuk kita ingat mati!

Inilah kaedah, pendekatan yang saya gunakan "cara untuk kekal berubah walau jiwa memberontak!" 

Kaedah ini bukan hanya untuk golongan LGBT, tetapi sesuai juga digunakan untuk semua lapisan masyarakat yang inginkan perubahan, tapi xtahu bagaimana..

Pertama : Niatlah dalam hati, tanamkan azam! Aku ingin mati dalam keadaan menjadi seorang Islam yang sejati!

(2.) Kenali 5 RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

(3.)Kenali 6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar


Bila da kenal kedua-dua rukun, maka amalkan.. Macam mana nak amalkan?

1. Setiap kali nafsu menguasai, jiwa memberontak untuk melakukan maksiat ingat lah ALLAH, seperti mana kita teringat mak ayah marahkan kita kalau balik lewat malam. Ingatlah ALLAH seperti mana kita lupa hantar report kerja kat atas meja boss on time dan kita bakal dipecat jika KPI jatuh mendadak..! Dan ingatlah Allah, sebagaimana kita takutkan untuk memandu laju dan disaman oleh JPJ/Polis..

2. Bawalah tafsir Al-Quran kemana sahaja... Jika terpikir untuk membuat maksiat, hatta tertengok gadis berdahi licin dan nafsu memberontak, bukalah tafsir dan bacalah apa-apa ayat, kerana dengan membaca tafsir tersebut kita akan tenang dan terlupa tentang maksiat yang kita hendak buat tadi.. Dan automatik, pasangan kita pun terus insaf sekejap.. Jika ingin ke tandas, tinggalkan tafsir diluar, di meja tukang jaga tandas, di tepi public phone (slalu tandas dlm shopping mall ada public phone) jangan risau, tiada siapa nk curik tafsir anda..jika dicuri redha kan...  (Kenapa tafsir? Kerana tafsir boleh dibaca tanpa wuduk dan kita tahu semua maksud apa yang kita baca)

3. Jika berhampiran dengan surau atau masjid, cepat2 berwuduk dan buatlah solat taubat 2 rakaat... Mohon ampun dari Allah kerana kita telah terniat untuk bermaksiat! Taubatlah walau 100kali sehari, untuk kita lawan segala perkara keji dan mungkar yang kita terpikir tadi.. Oh ya, solat 5 waktu yang wajib tu jangan sesekali tertinggal walaupun kerap subuh gajah! 

4. Cari kawan-kawan yang dapat memberi semangat dan membantu anda untuk terus berubah! Jangan tinggalkan rakan yang lama, kerana kita akan berdakwah secara perbuatan bila bersama mereka.. Berdakwah cara perbuatan lebih mudah jika nak berdakwah secara lisan..

5. Buatlah semua di atas selama mana yang boleh! Buat sampai kita rasa selesa, dan kita rasa takut dengan mati dalam keadaan xbersedia... Lawanlah nafsu duniawi dengan semua perkara di atas..!

Bersedia atau tidak, buatlah sekarang! mulakan langkah sekarang! Kerana ajal xkan menunggu kamu walau sesaat.. Sampai bila kita nak bergembira didunia yang sementara ini?? Sedangkan Allah dah janjikan kebahagiaan, kegembiraan, kenikmatan di Syurga kelak! 

Memang kita rasa sangatlah payah nak mulakan perubahan, orang sekeliling ada yang mengutuk sebab kita tiba2 nak jadi ustazah/ustaz, jiwa pula memberontak inginkan kepuasan nafsu duniawi, tapi lawanlah dengan cara-cara di atas.. Ingat yang akan mati tu kita... Jika mereka belum nak mati, perlahan-lahan kita ajar cara menghadapi kematian kepada mereka kelak.. InsyaAllah, lama kelamaan, kita akan istiqomah, dan akhirnya berjaya keluar dari gangguan masalah LGBT, masalah Zina, masalah arak dan segala masalah yang dilarang olehNYA..

Semoga tips berubah ke arah kebaikan ini bermanfaat dan menjadi Istiqomah kepada semua sahabat-sahabat ku diluar sana.. Mohon tambah jika ada kekurangan.. Mohon maaf jika terkasar.. Aku juga manusia biasa..



Thursday 8 January 2015

Wednesday 7 January 2015

Friday 2 January 2015

Kalendar / Almanac 2015

Khamis lepas merupakan hari mencari Kalendar Meja 2015, puas wa pusing-pusing dalam Alamanda [alamanda sudah..malas nak jalan sejauh-jauh]
Then kawan wa suggest belilah Mingguan Wanita, dapat free kalendar wei..besar pulak tu..
 
Siap ada resepi tau..


Benda 1st yang wa akan buat bila dapat kalendar ialah... Salin balik birthday kawan-kawan dari kalendar last year.. 
Tapi dalaman die xberapa nak best, sbb kertas licin, so nak menulis payah sikit, kene pakai Pensel or marker pen baru cun, tapi tu pun xlekat sangat ink die..

Belek2 majalah ade muka kazen wa pulak dalam ni...
Tahniah awin.. Semoga terus maju dalam perniagaan ya..:)


Tup-tup hari ni [Jumaat] kak Dayang bagi Almanac Sarawak..pergghh..punyalah suka..! ini tahun ke 6 wa gunakan Alamanac, Bila xde Almanac rasa macam xbest jek pengurusan diri 2015.. Nasib baik kawan wa belikan..:) 
Dalaman dia simple, tapi lengkap..cuma semua cuti berkaitan dengan Negeri Sarawak lah, yang Federal xde.. 









Program Kebajikan : Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Shafar

AMARAN!!! Post Melekat sehingga 31 Disember 2014

Mohon dipanjangkan pages JOSO (Johor Sons) bagi membantu program charity mereka. Yang terkini mereka ingin membantu Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Shafar dijangka akan dibuka pada minggu ke 3 bulan Disember 2014 ini.

Bagi yang berminat hendak menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan barangan bolehlah menghubungi :
En. Fadzryl - 019-755 9553
Cik Ida - 012-731 3316
Cik Hanna - 018-388 5188

Buat masa ini terdekat ini barangan yang amat mereka perlukan ialah :
Al-Quran - 20 Naskah
Cadar - 20 Set
Bantal - 40 Biji
Sejadah - 25 Helai
Telekung - 20 Helai
dan barangan keperluan yang lain



"Hello peeps! Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Shafar is a new orphanage in Kg. Pasir Johor Bahru. It's a self-funded orphanage operated by our friend @faiz banafe and his family.
The occupants are girls aged 8-15. There will be 15 of them. (coming in by the 3rd week of December).
Not only an orphanage, it will also be a FREE tuition center for UPSR students! During our visit last Saturday, we find there's a lot of things we can contribute.
So, to start, We plan to donate bed sheets, pillow and pillow cases. Anything extra will be even better( toiletries, stationary, books, etc).
Please contact Mr Fadzryl at 019-7559553/Ms Ida at 012-7313316 or simply PM us on FB for any sort of contributions & ideas. For monetary contribution, please contact Faiz at 019-7779736. Thank you. ‪#‎inhumanitywetrust‬"


Ruang dalaman dan persekitaran rumah berkenaan