resepi nih akuh belajar dah lama dah...tapi baru semalam [20.03.13] tergerak hati nak buat...so semalam balik kerja akuh terus beli bahan2 then memulakan projek lepas siap masak pengat labu...
Bahan2 untuk buat Cheese Cracker Cake ialah :
250g -Cream Cheese
1 tin (kecil) -Susu pekat sukati brand
1 mangkuk -Susu segar [untuk celup biskot]
3 peket -biskut salted cheese
sedikit nestume
Loyang 9x9
mula-mula campurkan susu+cream cheese
gaul smpai halus dan sebati...
then susun biskut yang dah di celup [bukan direndam eh, celup 1 saat jek]
susun penuh2...
then letak 5 sudu cream cheese+susu yg dah sebati 2..
letakkan 5 penjuru tau..supaya x lupa bape sudu dah letak..
n ratakan...
then taburkan nestum sikit2..nak banyak pun boleh,
cuma nestum 2 manis, takut muak pulak nanti..
then repeat balik susun biskut dah celup dengan susu, n sapu cream cheese..
buat sampai lah biskut habis/cream cheese abes..
[jarang abes serentak, mesti salah satu terlebih..]
sejukkan dalam peti ais, 6jam++ baru potong dan sedia untuk dimakan..
Trivia:
1) kalau di semenanjung susah nak dapatkan biskut ni, so kakak-kakak boleh tukar dengan biskut merry/biskut cheese yg bulat 2 ke or apa2 biskut yang anda sukalah kan..[tp rasa mungkin akan berubah sikit..]
2) kalau nak cantek or nampakkan belang2 cake nih, kakak-kakak bolehlah guna susu coklat ke, strawberry ke...
3) juga boleh tabur serbuk koko bagi hasil yang lebih menarik [eh sukatilah nak letak apa]
4) Selamat mencuba..:)
sekian.:)