Tuesday, 30 December 2014

Reunion PMM

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, pada 20-21 Dis 2014 geng-geng Politeknik Merlimau Melaka batch 2004 dapat berkumpul..:) Diam x diam dah 10 tahun dah berlalu.. Tahun lepas kami buat perjumpaan di Port Dickson, tahun ini kami buat small reunion di Melaka..

Tempat tidur pilihan ialah Bayou Lagoon Park Resort.. Best sangat bila berkumpul balik.. InsyaAllah program beramas mesra ini akan kekal selamanya..:) 

Kisahnya wa berbaju kurung sebab sampai Melaka dah magrib, then malas nak check in hotel..so wa direct pergi dinner, sekali lepas dinner dorg ajak pusing2 Melaka...cittt.. Terasa sopan gegiler..  
Dari Kiri : Nana, Me, Kak Yatt, Adik, n Ogy

Ni pic nak balik dah..masa ni Kinah datang..Kinah orang Melaka je, kira dia dtg menjenguklah..:)






Saturday, 20 December 2014

Jom Buat Baju

Psst..psst...rerakan blogger, siapa nak buat baju branding sendiri?? contoh macam ni..



Promo Hujung Tahun :
Tempah dari 19.12.2014 sehingga 31.12.2014
Penghantaran dari 12.01.2015 hingga 16.01.2014

1 helai RM35
3 helai RM100
*harga dah termasuk kos penghantaran

Berminat??
boleh emelkan ke reefa2785@gmail.com
atau whatsApp saya di 019-770 2785 

Nama : 
Tulisan dibaju:
No. Telefon:
Alamat :








Friday, 19 December 2014

Resepi : Kek Ais Krim (Ice Cream)

Hari Rabu haritu birthday teamate wa yang ke 29th, kebetulan harini Cik Mira [salah seorang boss kat opis] nak belanja karaoke kat Alamanda, so wa buat keputusan untuk sambut sekali birthday Emma.. Kebetulan 2,3 minggu lepas wa ade tertengok cara-cara buat kek ais krim ni. Makanya malam tadi wa shopping kat Alamanda untuk beli bahan-bahan kek ni.

Bahan-bahan dia :
Loyang 22"
Coklat KitKat 2Jari - 20pcs
Kek Span biasa [untuk based & belah tengah]
Ice Cream pilihan
Marshmallow
Serbuk Oreo
Coklat taburan pilihan
sumber gambar loyang : Hanna Sakura

 
 
Mula-mula susun coklat KitKat keliling Loyang
Then susun kek span untuk jadi alas..disebabkan kek tu kecik, maka wa dah expand bagi penuh ruang

Step xbergambar:
1. ceduk ice cream+tabur marshmallow+oreo
2. Then susun kek lagi untuk jadikan 2 layer
 Lepas tu wa ceduk lagi ice cream+tabur marshmallow+oreo
dah siap step ini sila bekukan sekurang-kurangnya 1 malam untuk pastikan ice cream betul-betul beku dan keras..!

Bila dah keras sepenuhnya, bolehlah tanggalkan tepi loyang tu, 
then hiaskan ikot coklat taburan pilihan anda..:)

 
Berjaya suprisekan Emma..:):)
Selamat hari Lahir kawan sepasukan..!!

  
Settle..!!

  
ni rupa dalaman kek+ice cream+kek

wa tiru kat sinilah..:)


Reefa Vs Game

Reefa dan game bukanlah perkara yang asing.. Dulu wa gilakan game FarmVille kat FB, siap beli laptop baru lagi semata-mata nak layan game ni.. Now semuanya dihujung jari, maka wa memang xdapat dipisahkan langsung dengan game.. xde game macam xlengkap hidup wa.. Lepas kahwin nanti entah apalah yang bakal jadi dengan semua game wa..

Ni semua baru game kat ipad, belum lagi yang dekat PS2, kat PC, kat kedai game... matilaaaa.... Main game ni sebenarnya dapat mengukuhkan Bahasa Inggeris kita, yelah semua game ni dalam BI, zaman dulu wajib ada kamus sebelah game, zaman sekarang wa pakai google translate je..:)  

Antara game wajib yang wa suka layan..:)

1. Clash Of Clans
Game ni jenis perang-perang, kita kena pikir strategi untuk merompak dan untuk menguatkan kubu [clans] daripada diserang. Macam biasa bila level makin meningkat tahap kesusahan game ni pun jadi macam pffftttt... Dalam game nilah wa jumpa bakal suami wa.. Jodoh bukan??

2. Hay Day
Hah ni lagi satu game yang wa hantu. Yang jenis ni lebih santai, kita kena tanam-tanam, lepas tu kita buatlah kek/roti/cheese or lain-lain..lepas tu kita jual kat market, xpun isi request kat kapal.. Setap 24jam kita boleh menjala ikan.. Best x?? Best kann...

3. Plants Vs Zombies 2
Ni game paling stress aku main, semua level dah abis.. Sampai x tau nak main ape.. Sudahnya wa tunggu setiap 24jam untuk layan Pinata Party.. Sehari sekali je bukak..

4. The Sims Free Play
Game yang ni aku bukak bila wa dah betul-betul bosan & xtau nak buat apa.. Game nilah paling banyak mencabar tahap English wa, sikit-sikit wa google, sikit-sikit tanya orang itu ini...

Korang ada game favourite jugak x??


Wednesday, 17 December 2014

Minggu dapat Souvenir

Minggu ni merupakan minggu bertuah kot.. Sebab wa dapat 3 souvenir dari 3  orang yang berbeza..:)


1. NotepadWa dapat masa Bengkel hari Isnin & Selasa hari tu, buku comel dan aku paling suka dalam dia, sebab ada post it note percuma.:)  


2. Keychain & Fridge Magnet dari Brunei
Masa Bengkel haritu 2 orang kawan wa dari Kuching join sekali, salah seorang sahabat baik wa di sana kirimkan ni kat mereka untuk bagi wa.. sweet x?? [owh ya, ang pau tu kosong, isi dalam tu wa letak sendiri..hehe] 

3. Ikan Bilis Sarawak
Last week salah seorang boss wa bercuti sakan kat kampung dia di Sarawak, xsangka pulak dapat hadiah dari sana..:) ikan bilis ni kasar2, so disebabkan wa dalam proses penjimatan maka wa cadang nak masak sehari seekor ikan bilis ni.. :) Terima Kasih Pn Mor..:)




Thursday, 11 December 2014

Katil oh Katil

Dulu wa pakai katil queen, masa nak bertunang haritu ayah tukar ke katil single, then katil queen lama wa die pass kat sepupu wa...Katil single haritu pun ayah D.I.Y divan dia, ayah just beli tilam jek..So untuk majlis ni, wa ingat katil queen pun nak D.I.Y gak lah.. 

Nak mintak tolong ayah buat divan, then aku buat headboard nya.. bahan semua aku rasa dapat jimat perbelanjaan katil 80%... hehehe.. Bukak jek Youtube banyak cara-cara buat kepala katil ni..dari yang sesenang giler sampai yang paling susah.. wa suka idea ni..:)


Ni lah rupa divan katil single yang ayah buat..




Wednesday, 10 December 2014

Part 1 : Persiapan Projek Kahwin : Nothing

Sebenarnya tinggal +- 10 bulan je lagi Projek Kahwin wa.. So far masih belum ada tanda-tanda bila tarikh langsung dibincangkan.. Makanya segala persiapan pun jadi xtahu nak start dari mana...

Wa harap rakan-rakan boleh lah bagi cadangan apa yang wa patut start dulu?? n bila sepatutnya semua ni di rancang n disiapkan?


So far ni jek yang wa ada, tu pun atas ihsan rakan yang dah pernah kahwin...