Tuesday 30 December 2014

Reunion PMM

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, pada 20-21 Dis 2014 geng-geng Politeknik Merlimau Melaka batch 2004 dapat berkumpul..:) Diam x diam dah 10 tahun dah berlalu.. Tahun lepas kami buat perjumpaan di Port Dickson, tahun ini kami buat small reunion di Melaka..

Tempat tidur pilihan ialah Bayou Lagoon Park Resort.. Best sangat bila berkumpul balik.. InsyaAllah program beramas mesra ini akan kekal selamanya..:) 

Kisahnya wa berbaju kurung sebab sampai Melaka dah magrib, then malas nak check in hotel..so wa direct pergi dinner, sekali lepas dinner dorg ajak pusing2 Melaka...cittt.. Terasa sopan gegiler..  
Dari Kiri : Nana, Me, Kak Yatt, Adik, n Ogy

Ni pic nak balik dah..masa ni Kinah datang..Kinah orang Melaka je, kira dia dtg menjenguklah..:)






Saturday 20 December 2014

Jom Buat Baju

Psst..psst...rerakan blogger, siapa nak buat baju branding sendiri?? contoh macam ni..



Promo Hujung Tahun :
Tempah dari 19.12.2014 sehingga 31.12.2014
Penghantaran dari 12.01.2015 hingga 16.01.2014

1 helai RM35
3 helai RM100
*harga dah termasuk kos penghantaran

Berminat??
boleh emelkan ke reefa2785@gmail.com
atau whatsApp saya di 019-770 2785 

Nama : 
Tulisan dibaju:
No. Telefon:
Alamat :








Friday 19 December 2014

Resepi : Kek Ais Krim (Ice Cream)

Hari Rabu haritu birthday teamate wa yang ke 29th, kebetulan harini Cik Mira [salah seorang boss kat opis] nak belanja karaoke kat Alamanda, so wa buat keputusan untuk sambut sekali birthday Emma.. Kebetulan 2,3 minggu lepas wa ade tertengok cara-cara buat kek ais krim ni. Makanya malam tadi wa shopping kat Alamanda untuk beli bahan-bahan kek ni.

Bahan-bahan dia :
Loyang 22"
Coklat KitKat 2Jari - 20pcs
Kek Span biasa [untuk based & belah tengah]
Ice Cream pilihan
Marshmallow
Serbuk Oreo
Coklat taburan pilihan
sumber gambar loyang : Hanna Sakura

 
 
Mula-mula susun coklat KitKat keliling Loyang
Then susun kek span untuk jadi alas..disebabkan kek tu kecik, maka wa dah expand bagi penuh ruang

Step xbergambar:
1. ceduk ice cream+tabur marshmallow+oreo
2. Then susun kek lagi untuk jadikan 2 layer
 Lepas tu wa ceduk lagi ice cream+tabur marshmallow+oreo
dah siap step ini sila bekukan sekurang-kurangnya 1 malam untuk pastikan ice cream betul-betul beku dan keras..!

Bila dah keras sepenuhnya, bolehlah tanggalkan tepi loyang tu, 
then hiaskan ikot coklat taburan pilihan anda..:)

 
Berjaya suprisekan Emma..:):)
Selamat hari Lahir kawan sepasukan..!!

  
Settle..!!

  
ni rupa dalaman kek+ice cream+kek

wa tiru kat sinilah..:)


Reefa Vs Game

Reefa dan game bukanlah perkara yang asing.. Dulu wa gilakan game FarmVille kat FB, siap beli laptop baru lagi semata-mata nak layan game ni.. Now semuanya dihujung jari, maka wa memang xdapat dipisahkan langsung dengan game.. xde game macam xlengkap hidup wa.. Lepas kahwin nanti entah apalah yang bakal jadi dengan semua game wa..

Ni semua baru game kat ipad, belum lagi yang dekat PS2, kat PC, kat kedai game... matilaaaa.... Main game ni sebenarnya dapat mengukuhkan Bahasa Inggeris kita, yelah semua game ni dalam BI, zaman dulu wajib ada kamus sebelah game, zaman sekarang wa pakai google translate je..:)  

Antara game wajib yang wa suka layan..:)

1. Clash Of Clans
Game ni jenis perang-perang, kita kena pikir strategi untuk merompak dan untuk menguatkan kubu [clans] daripada diserang. Macam biasa bila level makin meningkat tahap kesusahan game ni pun jadi macam pffftttt... Dalam game nilah wa jumpa bakal suami wa.. Jodoh bukan??

2. Hay Day
Hah ni lagi satu game yang wa hantu. Yang jenis ni lebih santai, kita kena tanam-tanam, lepas tu kita buatlah kek/roti/cheese or lain-lain..lepas tu kita jual kat market, xpun isi request kat kapal.. Setap 24jam kita boleh menjala ikan.. Best x?? Best kann...

3. Plants Vs Zombies 2
Ni game paling stress aku main, semua level dah abis.. Sampai x tau nak main ape.. Sudahnya wa tunggu setiap 24jam untuk layan Pinata Party.. Sehari sekali je bukak..

4. The Sims Free Play
Game yang ni aku bukak bila wa dah betul-betul bosan & xtau nak buat apa.. Game nilah paling banyak mencabar tahap English wa, sikit-sikit wa google, sikit-sikit tanya orang itu ini...

Korang ada game favourite jugak x??


Wednesday 17 December 2014

Minggu dapat Souvenir

Minggu ni merupakan minggu bertuah kot.. Sebab wa dapat 3 souvenir dari 3  orang yang berbeza..:)


1. NotepadWa dapat masa Bengkel hari Isnin & Selasa hari tu, buku comel dan aku paling suka dalam dia, sebab ada post it note percuma.:)  


2. Keychain & Fridge Magnet dari Brunei
Masa Bengkel haritu 2 orang kawan wa dari Kuching join sekali, salah seorang sahabat baik wa di sana kirimkan ni kat mereka untuk bagi wa.. sweet x?? [owh ya, ang pau tu kosong, isi dalam tu wa letak sendiri..hehe] 

3. Ikan Bilis Sarawak
Last week salah seorang boss wa bercuti sakan kat kampung dia di Sarawak, xsangka pulak dapat hadiah dari sana..:) ikan bilis ni kasar2, so disebabkan wa dalam proses penjimatan maka wa cadang nak masak sehari seekor ikan bilis ni.. :) Terima Kasih Pn Mor..:)




Thursday 11 December 2014

Katil oh Katil

Dulu wa pakai katil queen, masa nak bertunang haritu ayah tukar ke katil single, then katil queen lama wa die pass kat sepupu wa...Katil single haritu pun ayah D.I.Y divan dia, ayah just beli tilam jek..So untuk majlis ni, wa ingat katil queen pun nak D.I.Y gak lah.. 

Nak mintak tolong ayah buat divan, then aku buat headboard nya.. bahan semua aku rasa dapat jimat perbelanjaan katil 80%... hehehe.. Bukak jek Youtube banyak cara-cara buat kepala katil ni..dari yang sesenang giler sampai yang paling susah.. wa suka idea ni..:)


Ni lah rupa divan katil single yang ayah buat..




Wednesday 10 December 2014

Part 1 : Persiapan Projek Kahwin : Nothing

Sebenarnya tinggal +- 10 bulan je lagi Projek Kahwin wa.. So far masih belum ada tanda-tanda bila tarikh langsung dibincangkan.. Makanya segala persiapan pun jadi xtahu nak start dari mana...

Wa harap rakan-rakan boleh lah bagi cadangan apa yang wa patut start dulu?? n bila sepatutnya semua ni di rancang n disiapkan?


So far ni jek yang wa ada, tu pun atas ihsan rakan yang dah pernah kahwin... 



Friday 5 December 2014

Shopping RM1212 At Lazada Malaysia [Contest]

Apa yang boleh dibeli jika ada RM1212 di Lazada Malaysia? Mesti banyak pilihan kerana Lazada menawarkan harga barang yang berpatutan dan diskaun yang hebat terutama pada 12 December 2014 akan datang kerana dijangka akan ada ONLINE REVOLUTION SALE selama 1 hari dengan pelbagai tawaran menarik. 

Blogger-Contest

So, Lazada Malaysia akan mengadakan 1 blogger contest iaitu buat 1 post tentang apa yang boleh dibeli di Lazada Malaysia jika ada RM1212 .  

Senarai Hadiah :


Tempat Pertama : RM 200 Cash
Tempat Kedua     : RM 150 Cash
Tempat Ketiga     : RM 100 Cash
Tempat Keempat: RM 50 Cash
 2 x RM50 shopping voucher.  


Cara penyertaan :

  1. Buka website Lazada Malaysia : http://www.lazada.com.my/
  2. Pilih mana-mana produk pilihan dalam website Lazada tetapi jumlah semua barang tidak melebihi RM1212. (Boleh pilih lebih dari 1 barang)
  3. Copy link url product dan letak didalam post/entry (Link boleh klik)
  4. Nyatakan sebab memilih produk tersebut. (Simple je)
  5. Boleh letak gambar product/screenshot dari website Lazada (optional)
  6. Tajuk post/entry : Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]
  7. Letakkan banner diatas dalam entry/post. 
  8. Letakkan caption dibawah dalam entry : 
Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.
Antara barang yang wa nak sesangat ialah :
1. Expert Sewing Machine 505B 10 sewing option - Pink (RM149.00)
 
Sejak-sejak dah berusia ni, aku lebih tertarik dengan mesin jahit..kalau dah ada mesin jahit mungkin [mungkinlah] aku boleh menjahit pakaian sendiri??? heee..tapi senang lah nak repair pape kerosakkan kat baju ke, kat seluar ke kan..:)

Haaa..!! ni wishlist aku yang dah 3 tahun x beli-beli...mengidam jek lebih, tapi x jugak membelinya...

3.(IMPORT) Fujifilm Instax mini 8 Blue (Local Supplier Warranty) (RM179)
Yang ni aku nak supaya senang, lepas snap terus cuci.. sebab sekarangkan kita snap je pic, tapi xde pun dicucinya.. Lepas snap letak kat FB/PC...pc kene virus tinggallah pic kat FB.. Hardcopy langsung xde...

4.Fujifilm Instax mini Film Twin Pack 2 Boxes (40Pcs Films) (RM77)
Haaahh..dah beli kamera haruslah ada filemnyakan...makanya aku nak filem ini jugak..sekian

Jumlah semua sekali untuk 4 barang ialah :
 RM149 + RM799 + RM179 + RM 77 = RM1204
Lagi RM8, xtaulah nak beli apa..cukup kot setakat ni..:) 


Pemenang akan dipilih secara random melalui Google Carian  (tidak semestinya pada page pertama) dan URL yang diletakkan di ruangan komen ini . 6 pemenang bertuah akan memenangi shopping voucher dan cash. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Harga barang tidak melebihi RM1212
  2. Sila letakkan link blog di ruangan komen. (Peluang menang lebih besar)
  3. Pemenang akan dipilih secara random tetapi jumlah harga barang yang melebihi RM1212 akan dibuang dari penyertaan. 
  4. Contest ini hanya valid jika terdapat lebih dari 20 penyertaan, so sila ajak kawan-kawan untuk join :)
Contest ini berlangsung sehingga 12 December 2014. Jangan lepaskan peluang ini! 




Wednesday 3 December 2014

Rumah Sewa oh Rumah Sewa

yang star tu tempat keje wa :)

Mencari rumah sewa sekitar Putrajaya memang menyakitkan hati..! Budjet maximum yang En Tunang peruntukan ialah RM1,000.00 sebulan dan indikator pencarian rumah ialah mestilah teres (Request En. Tunang) dan dekat dengan tempat kerja wa..

Wa sebenarnya xde hal duduk rumah 18tingkat pun, bersesak-sesak asalkan sewanya murah dan dekat dengan tempat kerja wa.. Sebab kalau jauh dari tempat kerja proses nak merempit tu sangatlah bahaya...

Sekarang ni wa tumpang rumah member, bayar lah dia sikit2 sebulan...nanti dah terkawen next year kena lah keluarkan... Nak tunggu dapat kuarters?? Tunggulah lagik 2,3 tahun kot..puihh..!!!

Lama x?? ni wa apply since bulan Februari 2014 haritu..
memang berjanggutlah tunggu kan...
ni pulak rekod pergerakkan giliran kuarters wa..paling laju sebulan gerak lebih kurang :
E-13
F-35

 Bila dah jadi macam ni mula lah wa rindukan rumah kat Sarawak...sewa pun murah jek.. RM350 je sebulan.. Sebuah rumah teres 2 tingkat 3 bilik tidur 2 bilik air tau..!! Ni harga rumah kat Putrajaya macam harammm J sungguh....!


Tuesday 2 December 2014

SEGMEN BLOGWALKING by Sakura

Assalamualaikum :)


Maaf entry yang sebelum ni terpaksa dibatalkan sebab nya memang tak boleh and dilarang oleh Nuffnang. Minta maaf semuanya ye. Tapi takpe, kita tukar kepada Segmen Blogwalking dah alang2 tuh :) Thank you kepada info nya ye MNH SASTERA MELAYU

Syarat dia terlalu simple.

 Follow blog sakura :)
 Buat kan entry tajuk SEGMEN BLOGWALKING by Sakura.
 Copy & paste kan code bawah ni dalam entry awak awak. :)
 Dah boleh start blogwalking.
 Tinggalkan entry awak awak dalam ruang komen ni ok? 


So simple kan syarat2 dia. heee~ :) So boleh la ajak ramai ramai join. Boleh kenal :) Good Luck ! Senarai peserta nanti akan di update setiap hari sabtu, insyaAllah :)


Fi Hifzillah,
Wassalam.



Allhumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad





Monday 1 December 2014

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA


Giveaway kali ni dibuat oleh SB opis wa, Pn Mor..:) syarat penyertaan sgtlah senang.. syaratnya cuma perlu tepek banner ni, then back link kan kat blog beliau..settle..! 

wa pun dengan senang hatinya join, sbb syarat yang simple..hehe...:) Hadiah dia pun best..! 2 buah buku The 100 Most Influential People Of All Time dan The World's Great Civilizations dan 6xRM10 topup phone...  dah lah nak join senang, hadiah pun best..:)

Sesiapa nak join silalah join yer... tarikh tutupnya 19 Disember 2014 [10pm]