Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Friday, 6 March 2015

Kisah Tauladan Buat Semua

Kisah ni aku dapat dalam FB, kisah yg menyentuh hati.. Rata-rata ramai yang komen negatif! 
"Aikk... Hari-hari dengar azan pun xtahu??"
"Islam ke dia ni??"
"Hey..benda simple pun x tahu??"
"Xkan xsekolah dulu??"
"Mak bapak x ajar??"

Kita manusia! Ya kita didik dari kecil kehidupan sebagai seorang Islam!... Tapi berapa ramai yang masuk telinga kiri, keluar telinga kanan?? Masuk alam remaja, jiwa remaja memberontak nak kan kebebasan... Bila di suruh solat, kita pergi toilet, basahkan tangan sikit, kaki sikit, cuci muka n basahkan jambul... Kemudian masuk bilik dan tido... Perkara ini berlarutan sehingga alam belajar di University... Bila masuk alam pekerjaan, tinggal berasingan dengan keluarga, azan/iqamat/solat/Al-Quran semakin dilupakan.... Tup, tup eh nak kawen dah.... Maka bermulalah episod kita menipu sekeliling, tipu mertua, tipu isteri yang kita sebenarnya ada juga solatnya... Tapi ujian sebagai seorang lelaki muslim yang dah lama lupakan agama timbul ketika kelahiran anak pertamanya... Apa?? Perlu azan??? 

Percayalah, ada manusia begini... Jika tahu azan, mungkin dia lupa cara baca Al-Fatihah... Jika dia pandai baca Al-Fatihah, mungkin dia x hafal surah lazim... Apatah lagi segala bacaan ketika rukuk, sujud, dan sebagainya??

Mungkin kita pernah belajar, tapi kita tidak amalkan, maka terlupalah semuanya... Xmengapa, belajar lah dari saat anda baca post ni... Jika terasa beban, belajarlah kerana akan malu jika terkena situasi begini... Perlahan-lahan kita akan tahu, dari kita mula buat sebab malu, akhirnya kita buat kerana Allah! kenapa saya xkatakan dengan "buatlah kerana kita malu dengan Allah??" Sebab, bila kita dah tersasar jauh, Kita pun akan lupa siapa Allah! 

Nak berubah itu mungkin sukar, tapi nak terus Istiqomah lagi sukar! Tapi percayalah, Allah akan bantu jika kita berusaha mendekatinya... Susah?? Tidak sebenarnya... Caranya sama macam kita nak basuh periuk nasi yang penuh dengan kerak yang hangus... Kalau kita jirus air, bubuh sabun dan terus gosok periuk nasi tu, mau 18jam x bersih2... Cara mudah, kita rendam dalam air malam ni, esok balik kerja kerak dah kembang, boleh lah cuci dengan senang... Sama juga dengan hati/jiwa/diri kita... Lembutkan hati dulu, kemudian semuanya akan mudah!

Bila nak mulakan?? Mulakan bila anda tahu lepas habis baca post ini nyawa anda mungkin akan ditarik dan semuanya dah xbermakna! Sebab apa, kita xtahu bila Allah nak tarik nyawa kita... Tapi kita tahu, Allah beri kita kehidupan selepas selesai baca post ini untuk kita berubah ke arah kebaikan! Berubah ke arah menjadi seorang Mulim/Muslimah sejati! Kembalilah kepada jalan yang lurus...! Jangan ditunggu nafsu duniawi hilang baru terfikir wujudnya Pencipta kita... 

Untuk apa kita hidup hari ini?? Adakah untuk meneruskan maksiat semalam?? 


Hari yang cukup meletihkan. Menyakitkan. Memeritkan. Empat jam penuh debaran dan bergelut dengan nyawa akhirnya disudahkan dengan tangisan.Tangisan seorang bayi lelaki. Tangisan kegembiraan diri sendiri juga. Suami di sisi juga mengalirkan air mata. Anak sulung kami. Ajaib. Terasa hilang seketika seluruh kesakitan melahirkan tadi tatkala melihat bayi lelaki yang masih kemerahan kulit badannya di depan mataku sendiri.

Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Jururawat membawa anak sulungku itu ke sisiku.Ku kucup pipinya yang comel. Bayi yang tengah menangis tadi mereda tangisannya. Mungkin mengenali aku ini ibunya.“Mama dan abah tunggu kamu sembilan bulan, tau.”

Bergenang air mataku sekali lagi mengingatkan peritnya dan besarnya dugaan selama mengandungkan anak pertama. Dengan pelbagai ragam diri sendiri, asyik nak muntah, cepat sensitif, cepat nangis, cepat marah, asyik nak pitam pening kepala. Tuhan sajalah yang tahu. Nasib baik dapat suami yang memahami.Kami bernikah tahun lepas. Terus BUNTING pelamin. 

Suamiku orang biasa saja. Bukan ‘suamiku ustaz’ bagai tu semua. Taklah kaya. Cukuplah apa adanya. Cukup ada rumah sewa untuk didiami, cukup makan pakai sekadarnya.Aku pun biasa-biasa. Macam orang keramaian saja. Tudung pun tak betul lagi. Suamiku kata, ‘nanti awak dah ready, pakailah betul-betul.’ Dia sendiri pun masih dengan seluar pendeknya bila keluar dari rumah. Aku pernah tegur. Dia kata, dia pun tak ready lagi. Sama macam aku tak ready.

Jururawat dah selesai mencuci bersih anak kami, berbungkus selimut. Dah wangi-wangi. Menyerahkannya kepada kami.Doktor pun sudah menyelesaikan tugasnya, cuci luka dan sebagainya yang berkaitan. Aku dipindahkan ke katil dan wad lain yang telah siap disediakan.

Mertuaku dan ayah mak dah ada di sisi. Semua orang ada. Dengan muka gembira. Yang tua, happy dapat timang cucu. Aku dan suami happy dengan orang baru dalam keluarga kami. Dipeluk cium bayiku yang comel tu.“Azankanlah di telinga budak tu.”Ibuku bersuara. Diserahkan bayi dalam dakapannya tadi kepada suamiku. Suamiku menyambutnya dengan cermat.“Kena azan ke?” Suami bertanya. “Wajib eh?”

Doktor lelaki yang ada di situ mencelah.“Ustaz Zahazan kata, apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan. ”Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit”.

Suamiku terdiam seketika.Dalam 10 minit dia diam. Ibu bapaku dah rasa pelik. Dah kenapa pula dengan menantunya itu.Tiba-tiba suamiku itu menangis. Menitiskan air matanya. Jatuh menitik ke muka anak kami.“Maafkan abah. Abah tak pandai nak azan. Sungguh, abah tak reti.”

Aku sebak. Ibu bapaku terkejut sedikit. Namun, tenang saja. Mentuaku nampak seakan dah tahu.

“Abah tak jujur pada mama kamu. Bila masuk waktu solat, abah kata nak pergi masjid. Tapi, sebenarnya abah tak pergi pun.Abah keluar lepak dengan kawan-kawan. Abah tak pernah jadi imam di rumah untuk mama kamu.Apatah lagi mengajar mama Al-Quran. Abah tak reti. Maafkan abah. Maafkan abah.”

Suamiku itu terus menangis sambil mendakap anak lelaki sulungnya itu. Anak itu tidak pula menangis. Seakan-akan memahami ayahnya sedih.

“Maafkan saya, ma, abah. Maafkan saya." Suamiku itu meminta maaf dengan parentsku dan mentuaku. Aku turut menitiskan air mata. Selama ini, suamiku itu tak pernah macam hari ni.

“Takpe. Biar ayah saja azankan. Tapi, janji dengan ayah dan mak, lepas ni kamu berdua kena sama-sama pergi belajar agama. Kamu suami adalah pemimpin keluarga.Baiki diri. Jangan selesa dengan perangai zaman bujang. Dah tak sama dengan zaman berkeluarga. Dekatkan diri dengan Allah. Kamu yang akan bawa anak dan isteri kamu kepada Syurga Allah.Kita keturunan Nabi Adam dan Hawa yang berasal dari Syurga. Kampung asal kita di sana. Kita tak nak balik ke kampung yang satu lagi tu."

Suamiku bangun dan memeluk ayahku, memeluk ayahnya. Berjanji akan berubah sepenuh hati. 

Menangis-nangis menyesal dan insaf.Syukur. Anak yang baru lahir itu adalah pencetus hidayah Allah kepada suami dan aku sendiri.Aku tersenyum dalam tangisan. Moga semua lelaki di dunia ini persiapkan diri dengan agama sebelum berkeluarga. Jangan diharap pada si isteri yang kena merubah suami.Mohon sayangi isteri dan suami masing-masing walaupun tidak sempurna sikapnya, soleh atau solehahnya. Allah dah satukan kamu berdua kerana Dia tahu pilihan-Nya terbaik. Sama-sama berubah ke arah lebih baik.



Saturday, 31 January 2015

Bagaimana ingin berubah ke arah kebaikan???

Maafkan saya, 

Adalah tidak adil bila diri ini yang sememangnya telah terima Hidayah dari Allah utk saya membuat keputusan nak berubah itu mudah! Nak kekalkan itu mudah! Tanpa memikirkan perasaan/jiwa kawan-kawan yang masih menunggu Hidayah dari Allah..Ya pagi tadi dengan senang hatinya saya cakap pikirlah mati... Tapi saya lupa macam mana cara terbaik untuk kita ingat mati!

Inilah kaedah, pendekatan yang saya gunakan "cara untuk kekal berubah walau jiwa memberontak!" 

Kaedah ini bukan hanya untuk golongan LGBT, tetapi sesuai juga digunakan untuk semua lapisan masyarakat yang inginkan perubahan, tapi xtahu bagaimana..

Pertama : Niatlah dalam hati, tanamkan azam! Aku ingin mati dalam keadaan menjadi seorang Islam yang sejati!

(2.) Kenali 5 RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

(3.)Kenali 6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar


Bila da kenal kedua-dua rukun, maka amalkan.. Macam mana nak amalkan?

1. Setiap kali nafsu menguasai, jiwa memberontak untuk melakukan maksiat ingat lah ALLAH, seperti mana kita teringat mak ayah marahkan kita kalau balik lewat malam. Ingatlah ALLAH seperti mana kita lupa hantar report kerja kat atas meja boss on time dan kita bakal dipecat jika KPI jatuh mendadak..! Dan ingatlah Allah, sebagaimana kita takutkan untuk memandu laju dan disaman oleh JPJ/Polis..

2. Bawalah tafsir Al-Quran kemana sahaja... Jika terpikir untuk membuat maksiat, hatta tertengok gadis berdahi licin dan nafsu memberontak, bukalah tafsir dan bacalah apa-apa ayat, kerana dengan membaca tafsir tersebut kita akan tenang dan terlupa tentang maksiat yang kita hendak buat tadi.. Dan automatik, pasangan kita pun terus insaf sekejap.. Jika ingin ke tandas, tinggalkan tafsir diluar, di meja tukang jaga tandas, di tepi public phone (slalu tandas dlm shopping mall ada public phone) jangan risau, tiada siapa nk curik tafsir anda..jika dicuri redha kan...  (Kenapa tafsir? Kerana tafsir boleh dibaca tanpa wuduk dan kita tahu semua maksud apa yang kita baca)

3. Jika berhampiran dengan surau atau masjid, cepat2 berwuduk dan buatlah solat taubat 2 rakaat... Mohon ampun dari Allah kerana kita telah terniat untuk bermaksiat! Taubatlah walau 100kali sehari, untuk kita lawan segala perkara keji dan mungkar yang kita terpikir tadi.. Oh ya, solat 5 waktu yang wajib tu jangan sesekali tertinggal walaupun kerap subuh gajah! 

4. Cari kawan-kawan yang dapat memberi semangat dan membantu anda untuk terus berubah! Jangan tinggalkan rakan yang lama, kerana kita akan berdakwah secara perbuatan bila bersama mereka.. Berdakwah cara perbuatan lebih mudah jika nak berdakwah secara lisan..

5. Buatlah semua di atas selama mana yang boleh! Buat sampai kita rasa selesa, dan kita rasa takut dengan mati dalam keadaan xbersedia... Lawanlah nafsu duniawi dengan semua perkara di atas..!

Bersedia atau tidak, buatlah sekarang! mulakan langkah sekarang! Kerana ajal xkan menunggu kamu walau sesaat.. Sampai bila kita nak bergembira didunia yang sementara ini?? Sedangkan Allah dah janjikan kebahagiaan, kegembiraan, kenikmatan di Syurga kelak! 

Memang kita rasa sangatlah payah nak mulakan perubahan, orang sekeliling ada yang mengutuk sebab kita tiba2 nak jadi ustazah/ustaz, jiwa pula memberontak inginkan kepuasan nafsu duniawi, tapi lawanlah dengan cara-cara di atas.. Ingat yang akan mati tu kita... Jika mereka belum nak mati, perlahan-lahan kita ajar cara menghadapi kematian kepada mereka kelak.. InsyaAllah, lama kelamaan, kita akan istiqomah, dan akhirnya berjaya keluar dari gangguan masalah LGBT, masalah Zina, masalah arak dan segala masalah yang dilarang olehNYA..

Semoga tips berubah ke arah kebaikan ini bermanfaat dan menjadi Istiqomah kepada semua sahabat-sahabat ku diluar sana.. Mohon tambah jika ada kekurangan.. Mohon maaf jika terkasar.. Aku juga manusia biasa..



Friday, 7 November 2014

Buat Bakal Isteriku

Ceh..tajuk x menahankan???sejak2 dah terikat ni, wa perlahan-lahan belajar ilmu rumahtangga...Yelah, wa ni bukan pandai sangat nak uruskan rumahtangga, takat nak bagi Mr Wizz gemok tu wa pandai lah..Tapi bab-bab Munakahat haram 1 ape pun wa xtau...

Makanya wa pun berjinak-jinak cari buku berkaitan kisah rumah tangga kat MPH Alamanda..dok pusing-pusing terjumpa buku "Aku Terima Nikahnya" wa belek skali imbas jek, n terus beli...Sampai rumah bersungguh-sungguh keluarkan post it, pen dan highlighter.. Semangat sungguh! tapi bila dibelek-belek baru 10m/s, terus rasa bosan...Sebab buku ni kisahnya banyak tentang pengalaman penulis dan sangat sesuai untuk bahan bacaan Mr wizz wa....Terus wa tutup n buku ni wa cadang nak buat hantaran utk beliau jek lah..Abes cerita...





Disebabkan 1st time beli buku secara gopoh-gapah atau gelojoh sebab nak kahwin, wa pun amik keputusan, google dulu, bahan bacaan apekah yang sesuai buat wa sebagai bakal isteri solehah ni...cehhh...muntah darah!!!! Berdasarkan sumber-sumber carian google, wa terjumpalah sebuah buku bertajuk "Buat Bakal Isteriku" ditulis oleh Ibnu Rijal, harga pun xlah semahal buku "Aku Terima Nikahnya" tu...

Apabila dibelek-belek dan dihayati buku "Buat Bakal Isteriku" Alhamdulillah, wa rasa buku ini sumber paling ringkas untuk persediaan wa sebagai bakal isteri... Tapi wa tetap perlu belajar dari sumber lain untuk memantapkan ilmu berumahtangga ni...Jom layan preview Buku "Buat Bakal Isteriku" ni..:)


  









Now wa bagi opismate pinjam, lepas dibaca wa nak bagi Mr Wizz lak baca...buku ni kira macam Garis Panduan berumahtanggalah..kata orang manual berumahtangga berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah... Kepada semua bakal-bakal, atau rerakan sedang bercinta, atau sudah berkahwin, mak ayah sesiapa saja, belilah buku ini, dan bacalah....Mungkin ianya boleh dijadikan panduan hidup berumahtangga.. :)

Friday, 24 October 2014

Berubah Bukan Satu Perkara Yang Mudah...Salam Maal Hijrah 1436

sumber : Google


Apabila kau bersedia dan nekad untuk berubah, InsyaAllah segala perubahan yang bakal berlaku dimasa akan datang, kau dapat terima dengan baik...


"Nekad sahaja x cukup....disebabkan nekad semata, kau tak akan senang jatuh cinta dengan perubahan...
Bersedia lebih penting...Tanpa persediaan dari segi emosi dan mental, kau bakal terkubur bersama-sama angan untuk berubah menjadi lebih baik..." ERH

Lakukanlah setiap perubahan dalam keadaan bersedia dan nekad kerana " Lillahi Ta'ala" bermaksud "Kerana Allah Ta'ala"...Jangan sesekali buat kerana orang tersayang/kerana orang sekeliling...Bukan xkan berjaya, tetapi kau bakal patah balik jika tiada lagi orang yang tersayang, tiada lagi orang sekeliling..


TETAPI SAHABAT, tolonglah bersedia sekurang-kurangnya untuk MATI...
Salam Maal Hijrah 1436 semua..




Friday, 26 September 2014

Terkesan...

ada betulnya kata-kata MG..:)

"Pertamanya, tinggalkan kekasih mu yang tidak diiktiraf dunia dan akhirat. Jangan beralasan tanggungjawab kerana kawan. Bila sahaja kau pernah merasakan dia lelaki mu atau dia isterimu itu tandanya kau di jalan yang tidak benar. Tinggalkan dia. Maaf, keras ayatku.  Tapi, untuk apa aku berlapik lagi, sampai bila?
Keduanya, lengkapkan solat dan aurat. Usaha, usaha hingga mati.
Ketiga, cari ilmu, dengan ilmu kau akan semakin dekat dengan tuhan dan orang-orang yang baik.
Cukup, buat tiga ini dulu. Inshaallah kau akan temui yang lain. Andai salah satu langkah ini kau gagal istiqamah, atau tidak buat, tapi terusan meroyan akan nasibmu, akan jodohmu, akan rumitnya hidupmu..tandanya kau yang memilih itu semua. Kau yang memilih engkar."

Jom Belajar n Hafal Makna Dalam Solat

Salah satu cara untuk kusyuk dalam solat selain tenung satu titik kat sejadah, mengetahui makna dalam solat juga salah satu punca kita dapat kusyuk dalam solat..

100% copy dari AZRUL AZMI

Selamat Menghafal dan Mencuba..:)

p/s: owh ya..makna ni baca dalam hati serentak dengan lafaz bacaan dimulut..:)

ERH