Monday, 20 October 2014

Alhamdulillah..:)

Syukur Alhamdulillah 11.10.2014 yang lalu wa telah sah jadi tunangan buat En. Mohd Azwan...
 kek Russian Black N White di Sponser oleh Pn Leen dari Loyang Kuih
Encik Tunang cakap sedap...
Kenapa kek Clash Of Clans??? 
sb kami kenal dalam COC...:)


 Untuk hantaran wa gunakan tema Coklat + Cream, n wa pilih bunga Daisy, n 2,3 bunga sibuk..
Digubah oleh Auntie Zaza n di Amend oleh Ami..:)
  
 Inilah family wa....:) 
Shela, Yaya, Ami, Me, Ayah n Along

wa sayang ami wa..!!! sobs...!

Ni pic kedua belah family..:)
owh ya, yang belakang tu la mamat berani mati masuk minang wa...
:):)

Tuesday, 7 October 2014

Kereta Sewa

Kepada rerakan yang nak ke Kuching, n berminat nak menyewa kereta, boleh lah hubungi rakan-rakan niaga saya di sana ya..:) Jangan malu n jangan segan yer...:)

http://ezreental.blogspot.com/
http://ezreental.blogspot.com/

Azuan : 012-383 5411 
SAGA BLM (A) - RM120 

Yap: 016-893 6089 
SAGA BLM (M) - RM110 
ALZA (M) - RM 170 
SAGA 1990 (M) - RM70 

Taufiq : 012-302 4642 
SAGA FLX (A) - RM120 
AVANZA (A) -RM190 
KELISA (A) - RM80 
KANCIL (M) - RM70 

Syukri : 017-368 3941 
VIVA (A) - RM90 

Ili (Reefa) : 019-770 2785 (PUTRAJAYA SAHAJA) 
EXORA (A) - RM200

http://ezreental.blogspot.com/

Friday, 3 October 2014

Happy 1st year anniversary


Alhamdulillah, 01.10.2014 yang lalu merupakan my 1st anniversary menjadi manusia...aik sebelum ni bukan manusia ke?? sebelum ni manusia gak, cuma manusia yang lari dari radar...hidup dengan dunia sendiri, jiwa sendiri...


Ini bermakna genap setahun wa menjadi perempuan..cehhh..!! ya sebelum ni wa ah penk atau bahasa kami, pengkid..:) wa amik keputusan utk berhenti semua ni kerana wa rasa, cukup kot hiburan utk diri sendiri...now wa lebih selesa dengan diri wa yang sekarang..:)


Banyak step yang perlu wa ubah dalam diri wa..mudah untuk berubah, tetapi bukan mudah untuk meneruskan perubahan...Alhamdulillah syukur juga kepada Ilahi, kerana semua urusan perubahan wa dipermudahkan, dari dipindahkan ke Putrajaya, dapat kawan yang baik2, n segala urusan menjadi gadis baik dipermudahkan..


semoga wa terus Istiqomah dalam menjauhi "Wal fahsya i wal munkar" dan belajar untuk menjadi muslimah sejati... Amin..:)

Owh ya, wa jenis manusia transparent...ada sebab kenapa wa bangga dengan perubahan wa, n wa share apa kesilapan wa dulu..sbb wa mengaku, n wa nak kamu tahu, yang wa bukan dilahirkan terus menjadi gadis baik..:) wa hanya manusia biasa yang melalui kehidupan penuh duri dan ranjau..



Sunday, 28 September 2014

Review: Holiday Villa Alor Setar

Kerja kali ni menyebabkan wa kene travel ke Alor Setar, Sabah, Sarawak n Terengganu... Kami memilih untuk melepak di hotel Holiday Villa  selama seminggu...Meh wa review sikit pasal hotel ni..


Ni price bilik dia..kalau ikotkan hati nak je wa stay kat Royal Suite, tapi apakan daya, xlayak...



Ni bilik Superior dengan katil single queen, bilik agak besar..price kami dapat per night ?? RM190nett include breakfast for 1.



Toilet die bapak luas..! wa sebenarnya xsuka toilet luas-luas, 
mulalah terbayang kisah-kisah alam angker...puihhhh..!!!

Hotel ni gak ade gym, dapatlah wa bersenam sikit selepas penat bekerja, then keliling hotel ni meriah ngn kedai makan, n ada bawah dia ada City Plaza. Shopping mall ni boleh lah, baju kurung murah-murah, n paling best sbb ade boling, wayang, snooker n karaoke...



Friday, 26 September 2014

Terkesan...

ada betulnya kata-kata MG..:)

"Pertamanya, tinggalkan kekasih mu yang tidak diiktiraf dunia dan akhirat. Jangan beralasan tanggungjawab kerana kawan. Bila sahaja kau pernah merasakan dia lelaki mu atau dia isterimu itu tandanya kau di jalan yang tidak benar. Tinggalkan dia. Maaf, keras ayatku.  Tapi, untuk apa aku berlapik lagi, sampai bila?
Keduanya, lengkapkan solat dan aurat. Usaha, usaha hingga mati.
Ketiga, cari ilmu, dengan ilmu kau akan semakin dekat dengan tuhan dan orang-orang yang baik.
Cukup, buat tiga ini dulu. Inshaallah kau akan temui yang lain. Andai salah satu langkah ini kau gagal istiqamah, atau tidak buat, tapi terusan meroyan akan nasibmu, akan jodohmu, akan rumitnya hidupmu..tandanya kau yang memilih itu semua. Kau yang memilih engkar."

Jom Belajar n Hafal Makna Dalam Solat

Salah satu cara untuk kusyuk dalam solat selain tenung satu titik kat sejadah, mengetahui makna dalam solat juga salah satu punca kita dapat kusyuk dalam solat..

100% copy dari AZRUL AZMI

Selamat Menghafal dan Mencuba..:)

p/s: owh ya..makna ni baca dalam hati serentak dengan lafaz bacaan dimulut..:)

ERH

Wednesday, 24 September 2014

Resepi Diet Atkins Saya

BREAKFAST         
   
PIZZA TELUR


Bahan-bahan:
2 Biji Telur
½ hotdog [potong bulat2 nipis2]
Ayam - potong kecik2 gaul dengan black pepper+garam [goreng xde minyak/minyak 3titik siap2]
Sebiji tomato cherry [potong dadu]
½ keping cheese potong dadu

Cara-cara:
  1.  Pukul telur sampai kembang, then tuang dalam non-stick frying pan[xyah minyak] / kuali [minyak sesudu]
  2. Kira sampai 10 atau lapisan bawah telur dah masak sikit [atas masih mentah], TUTUP API.
  3. Tabur semua bahan2 hotdog/ayam/tomato dan last sekali cheese…kemudian hidupkan api [kecik jek]
  4. Masak sehingga bahagian atas kering [telur dah masak] JANGAN DITERBALIKAN nanti cheese cair susah
  5. Lipat dua dan hidangkan..:)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


MURTABAK TELUR

Bahan-bahan :
2 Biji Telur
1 ekor ikan sardin tin [hancurkan]
1 sk kuah sardin
Bawang besar [potong dadu]
Cili padi/cili [potong dadu]

Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan, pukul sampai sebati
  2.  Tuang dalam  non-stick frying pan[xyah minyak] / kuali [minyak sesudu]
  3.  Masaklah macam masak telur dadar. BOLEH DITERBALIKKAN
  4.  Siap di hidang sedap dimakan bersama-sama kari cair

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lain-lain Menu Breakfast :





  • Telur rebus [3 Biji]
  • Telur ½ masak [3 Biji]
  • Telur Mata [3 Biji]
  • Hot Dog 2 batang

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------


LUNCH dan DINNER
  

AYAM GORENG
3 Ketul Ayam [sukati nak bahagian apa, recommend dada]
1 Biji Telur [Masak scramble egg]


IKAN GORENG
2 Ekor Ikan
1 Biji Telur [Masak scramble egg]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAGING/AYAM/KAMBING PANGGANG
2 tapak tangan dan tebal ½ inci]
1 Ulas Bawang merah }
2 Ulas Bawang putih   }    [blend]
Halia sebesar kuku      }
 ½ sk jintan halus  }
½ sk jintan kasar } [tumbuk kasar]
½ sk ketumbar   }

Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan, then perap simpan dalam peti ais  [bahagian bawah 30min atau semalaman] lagi lama simpan lagi sedap..
  2. Masak dalam oven/kuali/api [bbq]

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    
IKAN STIM/BAKED

1 Ekor Siakap besar separuh A4 lipat 2
½ lemon ambil air dia

1 Ulas Bawang merah  }
2 Ulas Bawang putih    }  [blend]
Halia sebesar kuku      }
Black pepper
Garam
Minyak Olive/minyak masak/butter
Kertas Foil

Cara-Cara:
  1. Bersihkan ikan
  2.  Bentang kertas foil 2 kali ganda besar ikan
  3. Lap-lapkan ikan dengan semua bahan [kecuali minyak]
  4. Letak ikan atas foil, then curah semua bahan yang berlebihan then lipatkan kertas foil
  5. Simpan 20min dalam peti ais
  6. Bakar dalam oven 20min dengan suhu 150'c atau kukus 20 min atau bakar atas api bbq atau atas kuali leper
  7. Siap…

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SAYURAN
Semua boleh makan dan masak lagi hijau lagi bagus..setiap hidangan mesti ada sayur, kalau malas potong timun 10 hiris.
Jenis Masakan :
·        
Belacan
·         Goreng            
·         Sup                          
·         Saute               } garam sikit, NO MSG/NO AJINOMOTO
·         Rebus
·         Mentah

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MINUMAN
·        
Green tea
·         Teh O
·         Mint Tea
·         Camomile Tea        }  TAKDE GULA WALAU SEBUTIR
·         Air Suam
·         Teh O Ais




TAHAP KEKENYANGAN SETIAP HIDANGAN


Sekejap dah lapar


Senang lapar


3 jam dah lapar


Boleh tahan sampai meal seterusnya

Kenyang giler!!