Wednesday, 19 November 2014

Logo Ezreental

Agak-agak korang logo mana cantik n smart ek? 
Logo ni wa buat khas untuk company Ezreental wa..:)









Tuesday, 18 November 2014

1st GiveAway by Anamizu


Ni merupakan 1st giveaway yang wa join dalam tahun ni... Semuanya berpunca dari Blog boss wa Pn KameqDeanna, dia join giveaway ni, wa pun kepoh nak join..hehehe..

Sesiapa nak join meh lah join..syarat giler simple...tapi wa je rerajin menaip..

"Sempena berjaya menghapdet entry ke 100, aku dengan sukacitanya menganjurkan first give away.. Mulanya ingat nak main bagi je hadiah kat kawan-kawan yang selalu datang sini tapi bila ada kawan-kawan blogger drop komen sudi nak sponsor macam-macam, termasuklah Ezy yang sudi nak sponsor kasih sayang and am ir zahari nak sponsor jiwa dan raga ! Ha rare tak rare lah kawan-kawan blogger yang aku ada hehehe.. Errr takdelah gurau-gurau manja je tu hehehe tapi kalo nak sponsor pon boleh je meh sini bagi  kat aku meh kasih sayang beserta jiwa dan raga tu meh. kehkehkeh  =P

SYARAT-SYARAT:
1.Follow blog aku ni (ana-mizu.blogspot.com)
2.Copy paste banner GA dan backlink kat entry ni.
3.Tempek je link entry engkorang kat ruangan komen entry ni SAHAJA.
4.Wajib follow semua para penaja GiveAway ni.
5.Done. Senang je kan?
6.GiveAway ni tamat pada 12 pm 28 November 2014. 



HADIAH ! HADIAH ! HADIAH!
Topup RM 5 = 7 pemenang

PARA PENAJA 
Zumal  =  Topup RM 30 X 1 pemenang  UPDATED : RM5 X 6 pemenang
Yui       =  Topup RM 5 X 1 pemenang 
                  Bookmark craft Nurul Yui Collection X 1 pemenang
Scha     =  3 set tudung X 3 pemenang [NEW UPDATE!] "


Cable Ipad

Kisahnya bermula Jumaat malam Sabtu, sewaktu angin sepoi-sepoi bahasa, meniup lembut langsir-langsirku. Jam menunjukkan tepat pukul 12.00am, lantas aku bergegas mengambil iPad Mini pemberian along pada hari lahirku yang ke 28 itu. Tanpaku sedari aku telah menyentap kasar iPad Mini ku ini, lalu terkoyaklah kabel iPad yang mahal ini..[sekian punjangga hari ini] Seperti semua sedia maklum, produk apple memang kedekut dengan 3rd party..cubalah korang beli kabel suka hati. Mmg xkan caj lah sampai minggu depan..

Disebabkan cuak n bimbang kabel akan terputus di tengah jalan, aku tanpa segan silu terus tanya Mr Google, cari punya cari, terjumpa satu kedai ni, jual agak murah..! siap beli 3 free 1 lagi..aku terus shopping, tengok review pun bagus n yang penting kabel ni sync..! Malam tu jugak aku shopping..


 Inila rupanya kabel ipad aku yang dah nazak...


test kat PC, yes berfungsi..!


ni pulak cuba test caj pakai USB Power Adapter
Alhamdulillah semua kabel berfungsi dengan baik..:) Gumbira..!



Ni namanya orang tamak haloba..xtaulah nak buat apa banyak-banyak..yang pasti 1 letak dalam opis, 1 kat rumah, makanya ada balance lagi 3, siapa nak?? 

Kisah Malam Tadi



I.L.I + U.M.U
[17.11.2014]
[venue : Putrajaya]

Monday, 17 November 2014

Terkecil Hati

Dengan mereka..
Dengan semua..


Bila jiwa ke laut, hanya Blacky dapat ubatkan..
i Miss U baby..!


Wednesday, 12 November 2014

Tempat-Tempat Menarik Di Kuching

Sedikit info mengenai Kuching, Sarawak..

Tempat-tempat menarik:

Dewan Undangan Negeri Sarawak



1. Pasar Serikin, Shopping di sempadan Indonesia/Sarawak [1jam 30min dari Bandar Kuching]
[Sabtu 8am - 5pm]
[Ahad 8am - 12 pm]
[Parking RM2.00] 
*pakaian yang sesuai : T-shirt, Seluar panjang, tahap kepanasan [terbakar], sila bawa payung, topi atau tuala kecil [utk lap peluh]




2. On the way balik dari Pasar Serikin boleh singgah Gua Angin
[RM1.00/seorang]
[Sewa torchlight RM2.00]
[Buka setiap hari : 8am-4pm]
*bawalah pakaian lebih sekiranya bercadang nak mandi sungai di sebelah Gua Angin



**Masjid berhampiran di Pekan Bau.
---------------------------------------------------------------



3. Semenggok Wild Life [tengok org utan] RM3/seorang 
[show 9.00am-9.30am, 3.00pm-4.00pm] 
Waktu sesuai masuk: 9am dan 3pm 

4. Jong Crocodile RM16/seorang 
[show 11.00am, 3.00pm] 
Waktu sesuai masuk: 10.45am dan 3pm  



5. Anna Rais Longhouse [RM3/seorang] 
[daily 8am-3pm] 
Tempoh perjalanan 1jam 30min dari Bandar Kuching



6. Kedai pasu di batu 4 [daily 8am-5pm]
*Tuan/puan dinasihatkan untk membeli pasu di kedai pasu batu 4, berhampiran dengan airport jalan balik dari Jong Crocodile/Orang Utan, kerana lebih murah jika dibandingkan dengan waterfront.


 *Masjid berhampiran di Kem Askar di Batu 7 


---------------------------------------------------------


7. Kampung Budaya RM60/seorang [tengok pelbagai budaya sarawak] 
[show 11.00am, 4.00pm]
Waktu sesuai masuk: 930am dan 230pm 

 8. Muzium Kuching [di bangunan DBKU] 
[daily 8am-5pm] 
*Masjid berhampiran di Samariang 

--------------------------------------------

9. Medan Niaga Satok [sabtu n ahad] kini dikenali sebagai Medan Niaga Kubah Ria 
[Sabtu 8am – 9pm] 
[ahad 8am - 12pm] 

10. Muzium Negeri [berhampiran Merdeka Palace] 
[daily 8am-5pm] 

11. Muzium Textile 
[daily 8am-5pm] 

12. Pusing Sungai sarawak naik river cruise (RM60/sorg) 
[daily 5pm] 

13. Beli ole-ole di [waterfront bazaar] 
Bangunan Pink cream depan UOB bank di Waterfront, anda akan dapat harga yang sangat murah bagi keychain, fridge magnet dan lain-lain 
[tutup 6pm] 


*Masjid berhampiran di Masjid Negeri [kubah berwarna Pink]

 Pilihan tempat makanan popular: 
- Lunch – Rumah Hijau, Mas Dewi, Atap Kopitiam
- Dinner - Kubah ria [food court, pelbagai makanan di Sarawak] berdekatan dengan Medan Niaga Satok
- Dinner - Topspot [seafood murah], Anwar Steamboat, Raja Ayam Penyet,
- Breakfast – kopi O Corner [6am-3pm], Teh Tarik -24h- Planet Sambal, D’Tamu Cafe, KFC, McDonald,

#warna yang sama – tempat itu berhampiran/satu jalan *Masjid/Surau yang diberi hanya cadangan..:) Tuan/Puan boleh memilih mana-mana Masjid/Surau yang berhampiran sekiranya waktu solat telah sampai..:) 

**Rancang perjalanan anda supaya anda tidak ketinggalan perkara-perkara menarik di Kuching..Selamat Bercuti..:)

Tuesday, 11 November 2014

Review : Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu

Balik dari Kota Kinabalu, kami satu team sambung tugas terakhir di Kuala Terengganu (KT). Kami memilih Grand Puteri Hotel sebagai tempat penginapan sepanjang seminggu di sini. Indicator pemilihan hotel kali ini dibuat berdasarkan jarak Hotel dengan Pasar Payang (5min jalan kaki). Hotel ni mula beroperasi Mei 2013, kira hotel baru lagi lah..:)

Sedikit Intro Mengenai Hotel Ini :

Grand Puteri Hotel merupakan hotel ketiga di bawah pengurusan YWM ialah Hotel Grand Puteri di Jalan Masjid Abidin yang bertaraf tiga bintang di atas sekeping tanah wakaf yang dipegang oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di bawah sekeping tanah wakaf yang dipegang di bawah Nombor Lot PT 3981, Nombor Hakmilik HSD 9469, Bandar Kuala Terengganu, Daerah Kuala Terengganu, Terengganu.Hotel ini adalah hotel wakaf pertama di negeri Terengganu dengan ciri-ciri hotel berkonsepkan Islam. 

Rate : RM168/night (booked via phone)
Breakfast: Sedap! [Nasi dagang dan keropok lekor merupakan hidangan wajib setiap hari]
Alamat: Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu 
Tel:09-621 5555 
Dari luar dah nampak ciri-ciri ke Islamik hotel ni..:) 


Rupa sebenar bilik wa, bilik agak besar dan selesa, 
tilam dia pulak macam ada magnet, asal baring jek terlelap, asal baring jek pengsan..


Ni pula pandangan dari arah dalam ke luar..:)


Setiap bilik dilengkapkan dengan Iron, Iron board, Mini Coffee Bar, Mineral 2 botol, Sejadah, Tafsir Al-Quran dan Buku Surah dan Doa Pilihan


Basic toilet, with shower n toiletries (shampoo, shower gel, soap, cotton bud, and shower cap)


Pool dia sangat Islamic.. tempat mandi perempuan dan lelaki di asingkan.. TETAPI, masih boleh di skodeng dari atas...mungkin pihak hotel boleh tambahkan atap di bahagian atas pool, untuk mengelakkan aurat kita kelihatan...:)


Kat Lobi hotel ada kerusi Osim...kalau penat bekerja boleh lah main urut-urut..
tapi kami xpernah try pun, sbb terlalu open..:)


 Inilah Pasar Payang..!! Di sinilah tempatnya syurga Batik Terengganu dan songket tenunan melayu..
Jumlah kerugian wa kat dalam Pasar ni ialah RM28..:) just belikan ami baju tidur sehelai..belum gaji, xdapat nak bershopping bagai...sobs.. 



 
Ni rupa Tasik Kenyir dari pandangan atas..
[Pic ni wa snap masa on the way ke KT]


Maps nak ke Grand Puteri Hotel..:)