Petang tadi akak sebelah hantar pulut periuk kera, kalau kat sarawak mmg bersepah org jual periuk kera ni, esp kat pasar minggu...rasa pulut ni sedap, lembut..cubalah try mungkin boleh jadi makanan hari raya kawan2...
BAHAN-BAHAN:
10 Bekas Periuk Kera
1 Cawan beras pulut
1/2 Cawan santan
1 Cawan air
Garam sukahati
CARA-CARANYA PULAK:
Rendam beras pulut selama 4jam...2jam pun dah boleh, toskan then masukkan beras pulut dalam kelongsong periuk kera yang dah dicuci bersih, lepas tuh susun cantik2 dalam pengukus, tuang [santan+air+garam dah dicampurkan], selitkan daun pandan untuk aroma yang lebih ummphhh.. Kemudian kukuslah sampai masak...
Sedia dihidangkan dengan rendang, sambal tumis atau apa2 yang anda suka....
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi memberi sepatah dua kata di sini..:)