Friday 14 June 2013

Beli Kereta Dapat Duit????

Macam mana caranya mengubah Liabiliti menjadi duit poket atau extra income??? ramai yang cakap sayangnya sewa kereta, sayangnya kereta baru di buat sewa...sayangnya itu sayangnya ini..tapi bagi akuh yang gilakan $$ dan $$ xpernah cukup dalam poket membuatkan akuh tolak tepi kesayangan itu....dan dalam masa yang sama akuh juga turut membantu kawan2 yang perlukan $$ tambahan dengan menyewakan kereta kesayangan mereka...

RISIKO BESAR menyewakan kereta anda ada 3:
  1. kereta anda bakal DICURI..!
  2. kereta anda bakal ACCIDENT TERUK!
  3. kereta anda bakal HILANG ALAT GANTI ORIGINAL!

RISIKO kecil pula :
  1. kereta calar balar
  2. kereta kotor dalam dan luar
  3. banyak benda tercabut [kotak dashboard/tempat safety belt/side mirror dan lain-lain]
  4. minyak hantar separuh balik kosong
  5. saman-saman parking/trafik 
tapi Alhamdulillah setakat ini pelanggan-pelanggan akuh semuanya bagus-bagus, yang menjahanamkan kereta adalah tuan kereta sendiri...abes semua dilanggarnya, tong sampah, divider [paling kerap]..sebab itu akuh sayangkan Sarawak, sbb di sini mudah untuk buat extra income, dari menjual kek lapis ke ikan terubuk, sampailah ke bisnes perlancongan..

Apa yang perlu anda ELAKKAN untuk mengurangkan RISIKO BESAR ini ? :
  1. JANGAN sewakan kepada PELAJAR IPT..sebab apa?? anda pernah jadi pelajar IPT? anda pernah sewa kereta masa time belajar dulu?? saya rasa anda paham kenapa..
  2. JANGAN/ELAKKAN sewakan kepada orang LOCAL... contoh macam akuh sekarang ada di Kuching, maka akuh susah sikit kalau nak sewakan kat orang Kuching, kecuali betul-betul kenal atau akuh akan usha rumah customer berdasarkan alamat IC dan tempat kerja mereka..Langkah berjaga-jaga ni perlu di ambil untuk mengelakkan kecurian  kereta berlaku..yelah kenapa orang Kuching nak sewa kereta kan?? kecuali ada wedding/konvo yang saudara mara dari jauh ramai yang datang..
  3. JANGAN SEWAKAN kepada STUDENT FOREIGNER..esp abang black yang gagah-gagah n badan ketak-ketak tuh...sebabnya takut kot2 dia bawak dadah ke, n mereka terkenal dengan golongan yang memandu sangat berbahaya..dan jangan terkejut kalau kereta anda Accident/rosak, diaorang akan letak jek kat tepi jalan dan biarkan.
jangan sewakan jika anda rasa ragu-ragu atau x sedap hati bila jumpa customer yang x semenggah..!!!


setakat ni Saga akuh di rehatkan dari di sewa mungkin sampai raya, so yang ada cuma seperti di gambar saja..:) InsyaAllah dengan niat yang betul, kejujuran serta ke nekad dan tekad kita mesti berjaya..:)









Kami juga ada menyediakan kereta Viva, Wira, Kenari, Myvi tapi belum di update lagi..tengah tunggu owner hantar gambar..







1 comment:

  1. http://drago9.sharethisstory.net/my-1134432-9714?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

    Jana duit tanpa modal..best

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberi sepatah dua kata di sini..:)