Tuesday 11 November 2014

Review : Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu

Balik dari Kota Kinabalu, kami satu team sambung tugas terakhir di Kuala Terengganu (KT). Kami memilih Grand Puteri Hotel sebagai tempat penginapan sepanjang seminggu di sini. Indicator pemilihan hotel kali ini dibuat berdasarkan jarak Hotel dengan Pasar Payang (5min jalan kaki). Hotel ni mula beroperasi Mei 2013, kira hotel baru lagi lah..:)

Sedikit Intro Mengenai Hotel Ini :

Grand Puteri Hotel merupakan hotel ketiga di bawah pengurusan YWM ialah Hotel Grand Puteri di Jalan Masjid Abidin yang bertaraf tiga bintang di atas sekeping tanah wakaf yang dipegang oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di bawah sekeping tanah wakaf yang dipegang di bawah Nombor Lot PT 3981, Nombor Hakmilik HSD 9469, Bandar Kuala Terengganu, Daerah Kuala Terengganu, Terengganu.Hotel ini adalah hotel wakaf pertama di negeri Terengganu dengan ciri-ciri hotel berkonsepkan Islam. 

Rate : RM168/night (booked via phone)
Breakfast: Sedap! [Nasi dagang dan keropok lekor merupakan hidangan wajib setiap hari]
Alamat: Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu 
Tel:09-621 5555 
Dari luar dah nampak ciri-ciri ke Islamik hotel ni..:) 


Rupa sebenar bilik wa, bilik agak besar dan selesa, 
tilam dia pulak macam ada magnet, asal baring jek terlelap, asal baring jek pengsan..


Ni pula pandangan dari arah dalam ke luar..:)


Setiap bilik dilengkapkan dengan Iron, Iron board, Mini Coffee Bar, Mineral 2 botol, Sejadah, Tafsir Al-Quran dan Buku Surah dan Doa Pilihan


Basic toilet, with shower n toiletries (shampoo, shower gel, soap, cotton bud, and shower cap)


Pool dia sangat Islamic.. tempat mandi perempuan dan lelaki di asingkan.. TETAPI, masih boleh di skodeng dari atas...mungkin pihak hotel boleh tambahkan atap di bahagian atas pool, untuk mengelakkan aurat kita kelihatan...:)


Kat Lobi hotel ada kerusi Osim...kalau penat bekerja boleh lah main urut-urut..
tapi kami xpernah try pun, sbb terlalu open..:)


 Inilah Pasar Payang..!! Di sinilah tempatnya syurga Batik Terengganu dan songket tenunan melayu..
Jumlah kerugian wa kat dalam Pasar ni ialah RM28..:) just belikan ami baju tidur sehelai..belum gaji, xdapat nak bershopping bagai...sobs.. 



 
Ni rupa Tasik Kenyir dari pandangan atas..
[Pic ni wa snap masa on the way ke KT]


Maps nak ke Grand Puteri Hotel..:)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberi sepatah dua kata di sini..:)