Sunday 30 November 2014

Review : CamScanner [Scan Dokumen]

Sebagai Assistant Auditor mesti korang slalu menghabiskan kertas auditi kan?? yelah, nak photostat supporting dokumen..tapi perasan x? 40% dari dokumen yang korang copy bakal jadi draft paper, sebab macam xguna langsung..! xke membazir..membazir tu amalan SYAITONNNNN.....

Kebanyakkan opis kita dah dibekalkan dengan portable scanner, ade yang jenis kita pegang n gerakkan pelan-pelan atas kertas, ada juga yang kita letak kertas melalui dia [rujuk gambar, wa x reti explain]



 Jenis Masukkan Selai-selai Kertas


Yang ni Pulak Jenis Pegang2...

Keburukkan kedua-dua scanner ni, yang atas korang kene letak selai-selai, bayangkan kalau korang nak scan baucar ke, scan kontrak ke...xke gila nak pakai scanner atas tu....Scanner yang pegang2 pulak, kalau tangan korang jenis Parkinson, maka dokumen yang korang scan jadilah gegar-gegar...Konon-konon nak jimatkan masa n kertas auditi, skali makin jahanam kerja-kerja korang..silap2 nak scan pun amik masa 8 tahun baru siap...

baru-baru ni [yup, baru sangat aku tau apps ni..kira ketinggalan lah jugak kot]..boleh dikatakan semua orang sekarang dah ade smartphone/ipad bagai kan..ape kata korang download CamScanner kat AppStore/PlayStore..lepas tu gunalah macam snap gambar...serius terang n jelas n seakan-akan scanner gitu..!! so lepas ni xdelah auditi menyirap jek korang perabiskan kertas diorangkan...









Wednesday 26 November 2014

Selamat Ulang Tahun yang Ke 55 dan 59

Mereka di lahirkan lain tahun tetapi sama tarikh! 
Iaitu 26.11.1955 dan 26.11.1959!
Merekalah ayah dan bonda ku..

Di kesempatan ini ingin ili ucapkan, 
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG 
KE 59 DAN 55 TAHUN BUAT AMI DAN AYAH..!

Semoga dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki, dikurniakan kebahagiaan 
serta hidup yang dirahmati  dunia dan akhirat..!
iLi sayang ami dan ayah..!!!
Maaf ami dan ayah, tahun ni ili xbagi hadiah... 
 
 
 
 
 

Ikhlas dari anakmu,




Tuesday 25 November 2014

Siapakah iLi + Eazlye + Reefa ??



3 nama 1 pemilik

Inilah rupa Reefa sebenar.. Reefa merupakan hadiah hari lahir wa yang ke 17 dari En. Hairuman a.k.a bapakku..:) asalnya kereta ini x bernama, dan wa telah open tender kat rakan-rakan kelas untuk berikan nama kepada En. Kelisa Kuning ini. Setiap pertandingan haruslah ada hadiahkan..! Hadiahnya seminggu wa akan belanja kat kantin! Maka ramailah yang beri cadangan ada yang bagi nama Abu lah, Ali lah, bla..bla.. bla... Tetiba my BFF "Shela" [kini kakak iparku] beri cadangan supaya letak Reefa.. Tanpa pikir panjang terus wa terima nama REEFA untuk dipakai oleh En. Kelisa. Maka bermulalah perjalanan Reefa dalam hidup wa..

Perlahan-lahan wa angkat nama Reefa dalam alam maya...di sebabkan nama wa ILI, wa bercadang nak gabungkan Ili dan Reefa, tah macam mana boleh terpikir Eazlye.. So Eazlye=Ili dan bila digabungkan jadilah Eazlye Reefa.. dan nama Reefa hanya digunakan di media sosial, di internet, di dalam Friendster, di dalam My Space, di dalam Kelisa Club, di Facebook, di Blogger..realitinya wa tetap ili..! Bila orang memanggil wa dengan nama Reefa, mula lah diri ini blur...siapakah itu?? Buktinya masa perjumpaan pertama sesi Teh Tarik dengan geng Kelisa Club, dorang panggil wa Reefa nak dekat 10kali baru wa perasan yang dorang panggil wa..-_-"

Tapi sejak pindah di Putrajaya ni, disebabkan ada seorang rakan opis bernama Lily Juliana n rerakan opis sukar nak bezakan Ili dan Lily mereka mula memanggil wa dengan nama Reefa.. Mula-mula mmg janggal bila orang panggil nama Reefa di alam realiti, tapi lama-lama biasa sudah..As usual dari Reefa jadi Epah jek dorang panggil sekarang ni..   

Kenapa EzReefa pulak?? Ezreefa tu short-form nama Eazlye Reefa.. itu saja 

Habis tu siapakah Ili Liyana?? itulah nama sebenar gua..! Tapi apa pun wa prefer n suka orang panggil wa dengan nama iLi.. Sebab itulah nama yang diberikan oleh Ami n Ayah dan itulah nama yang ada dalam IC.. Reefa hanya nama glamor di alam maya..:)  

Jika di Google nama Ili Liyana, meriah nama ini di sana..yang pasti nama wa mungkin di pages yang ke 18.. Tapi jika Google Eazlye Reefa, hanya ada wa sorang [wa rasalah..:)]
 

dan yang terakhir..kenapa Since 2785?? sebab wa dilahirkan sejak 02.07.85 sekian..:)

ERH

Monday 24 November 2014

Part 2 : Sukan Audit 1 Malaysia

Sabtu [22.11.2014] seawal 530am kami telah bangun bersihkan diri dan turun sarapan, bas dijangka bergerak pada 645am, kerana majlis perasmian Sukan dijangka bermula jam 7.15am.! Matilah..... pagi sungguh...

Sebenarnya buat pertama kalinya wa masuk sukan Ping Pong..! walhal sebelum ni beza bola ping pong dengan bola golf pun wa xtahu..hahaha... berjayalah masuk semi-final..lepas tu kandas...malas lah nak cerita.. 

Barisan Kontinjen Zon 1 berarak masuk ke padang..1st year wa berkumpul dengan team Federal...nampak x kontinjen yang berwarna oren tu? Itulah kontinjen Sarawak..!  Ya keluarga lamaku di sana..kini wa bersama team Federal, terasa sayu disitu..

Federal mendapat tempat ke 3 bagi keseluruhan acara..:) 
 
 
 
Skuad Cawangan Kesihatan

 
Skuad Ping Pong

Skuad Bola Tampar
  
 Skuad Boling

Skuad Bola Tampar [L]


ni nak balik dah...


Part 1 : Sukan Audit 1 Malaysia

Kami memulakan perjalanan ke Alor Setar pada 9.30am, perjalanan ke Kedah mengambil masa lebih kurang 7jam..sumpah letih! even kami xde buat pape pun, just tidur sepanjang perjalanan, bangun tidur/tidur/bangun tidur/tidur...xsampai-sampai...
  


Disebabkan pergi hanya untuk 3 hari 2 malam, makanya luggage xlah banyak isinya.. Inilah rupa isi perut luggage  wa.. Bahagian utama wa sumbat baju untuk 3H2M dengan lebihan 2 helai T-Shirt, manakala bahagian atas wa isi bat pingpong, Nescafe 3in1, kasut sukan dan kasut kerja [pakaian dalaman wa sumbat dalam kasut-kasut ini]   
Dari kiri :
1. Set untuk 21.11.2014 [malam] - Ceramah Eksekutif – Integriti dan Akauntabiliti ke Arah Transformasi Jabatan Yang Berkesan
2. Set untuk 22.11.2014 [siang]   - Program Kecergasan (Sukan Audit 1Malaysia XVIII) 
3. Set untuk 22.11.2014 [malam] - Majlis Pelancaran Pelan Integriti Organisasi Jabatan Audit Negara




Sewaktu ceramah eksekutif tu dah macam reunion buat wa dan rakan-rakan Audit Sarawak.. Bersalaman, berpelukan [perempuan jek] antara satu sama lain n air mata wa ni sempatlah berlinangan sedikit..! Alhamdulillah, wa sangat tak sangka Ukhwah yang terjalin selama hampir 5 tahun di sana masih utuh dan masih segar malam tu..! 
Me + Yap
Jeliah + Dayah + Yap



Review : TH Hotel Alor Setar

TH Hotel atau Tabung Haji Hotel merupakan hotel baru di Alor Setar, siap di bina sekitar tahun 2013 dan terletak berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, 10km dari Pusat Bandar Alor Setar.

Jika tiada transport agak susah nak hunggah-hunggah..kali ni kami ke Kedah selama 3hari 2malam untuk menghadiri Sukan Audit 1Malaysia..wa main ape?? next entry wa cerita yerp..

Bilik dia ok, selesa..as usual tilam-tilam hotel mesti berjaya buat wa melekat pengsan setiap kali terbaring..kali ni xstay sorang sebilik, tapi kami perlu sharing..so wa share dengan teammate wa -emma- kami sekepala, so xde masalah utk bersharing..:)

Price: RM170/night [Pakej Opis Mungkin] 
nah ni gambar sekitar bebilik kami..:)

Thursday 20 November 2014

Ezstoree New Template

Rasanya dah bertahun wa menggunakan template hitam, konon-konon merujuk kepada diri wa yang kerap emo n ganas..cehh!! Tapi sejak akhir2 ni wa macam suka warna cerah2... Wa saspek faktor usia menyumbang kepada perubahan ini...

Cuba komen sikt rupa Ezstoree Template baru ni..:):)

Wednesday 19 November 2014

Logo Ezreental

Agak-agak korang logo mana cantik n smart ek? 
Logo ni wa buat khas untuk company Ezreental wa..:)