Saturday 31 January 2015

Bagaimana ingin berubah ke arah kebaikan???

Maafkan saya, 

Adalah tidak adil bila diri ini yang sememangnya telah terima Hidayah dari Allah utk saya membuat keputusan nak berubah itu mudah! Nak kekalkan itu mudah! Tanpa memikirkan perasaan/jiwa kawan-kawan yang masih menunggu Hidayah dari Allah..Ya pagi tadi dengan senang hatinya saya cakap pikirlah mati... Tapi saya lupa macam mana cara terbaik untuk kita ingat mati!

Inilah kaedah, pendekatan yang saya gunakan "cara untuk kekal berubah walau jiwa memberontak!" 

Kaedah ini bukan hanya untuk golongan LGBT, tetapi sesuai juga digunakan untuk semua lapisan masyarakat yang inginkan perubahan, tapi xtahu bagaimana..

Pertama : Niatlah dalam hati, tanamkan azam! Aku ingin mati dalam keadaan menjadi seorang Islam yang sejati!

(2.) Kenali 5 RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

(3.)Kenali 6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar


Bila da kenal kedua-dua rukun, maka amalkan.. Macam mana nak amalkan?

1. Setiap kali nafsu menguasai, jiwa memberontak untuk melakukan maksiat ingat lah ALLAH, seperti mana kita teringat mak ayah marahkan kita kalau balik lewat malam. Ingatlah ALLAH seperti mana kita lupa hantar report kerja kat atas meja boss on time dan kita bakal dipecat jika KPI jatuh mendadak..! Dan ingatlah Allah, sebagaimana kita takutkan untuk memandu laju dan disaman oleh JPJ/Polis..

2. Bawalah tafsir Al-Quran kemana sahaja... Jika terpikir untuk membuat maksiat, hatta tertengok gadis berdahi licin dan nafsu memberontak, bukalah tafsir dan bacalah apa-apa ayat, kerana dengan membaca tafsir tersebut kita akan tenang dan terlupa tentang maksiat yang kita hendak buat tadi.. Dan automatik, pasangan kita pun terus insaf sekejap.. Jika ingin ke tandas, tinggalkan tafsir diluar, di meja tukang jaga tandas, di tepi public phone (slalu tandas dlm shopping mall ada public phone) jangan risau, tiada siapa nk curik tafsir anda..jika dicuri redha kan...  (Kenapa tafsir? Kerana tafsir boleh dibaca tanpa wuduk dan kita tahu semua maksud apa yang kita baca)

3. Jika berhampiran dengan surau atau masjid, cepat2 berwuduk dan buatlah solat taubat 2 rakaat... Mohon ampun dari Allah kerana kita telah terniat untuk bermaksiat! Taubatlah walau 100kali sehari, untuk kita lawan segala perkara keji dan mungkar yang kita terpikir tadi.. Oh ya, solat 5 waktu yang wajib tu jangan sesekali tertinggal walaupun kerap subuh gajah! 

4. Cari kawan-kawan yang dapat memberi semangat dan membantu anda untuk terus berubah! Jangan tinggalkan rakan yang lama, kerana kita akan berdakwah secara perbuatan bila bersama mereka.. Berdakwah cara perbuatan lebih mudah jika nak berdakwah secara lisan..

5. Buatlah semua di atas selama mana yang boleh! Buat sampai kita rasa selesa, dan kita rasa takut dengan mati dalam keadaan xbersedia... Lawanlah nafsu duniawi dengan semua perkara di atas..!

Bersedia atau tidak, buatlah sekarang! mulakan langkah sekarang! Kerana ajal xkan menunggu kamu walau sesaat.. Sampai bila kita nak bergembira didunia yang sementara ini?? Sedangkan Allah dah janjikan kebahagiaan, kegembiraan, kenikmatan di Syurga kelak! 

Memang kita rasa sangatlah payah nak mulakan perubahan, orang sekeliling ada yang mengutuk sebab kita tiba2 nak jadi ustazah/ustaz, jiwa pula memberontak inginkan kepuasan nafsu duniawi, tapi lawanlah dengan cara-cara di atas.. Ingat yang akan mati tu kita... Jika mereka belum nak mati, perlahan-lahan kita ajar cara menghadapi kematian kepada mereka kelak.. InsyaAllah, lama kelamaan, kita akan istiqomah, dan akhirnya berjaya keluar dari gangguan masalah LGBT, masalah Zina, masalah arak dan segala masalah yang dilarang olehNYA..

Semoga tips berubah ke arah kebaikan ini bermanfaat dan menjadi Istiqomah kepada semua sahabat-sahabat ku diluar sana.. Mohon tambah jika ada kekurangan.. Mohon maaf jika terkasar.. Aku juga manusia biasa..



13 comments:

  1. Replies
    1. ;sama-sama MG, semoga info dan tips ni menjadi panduan utk kamu terus kuat ya..

      Delete
  2. Semoga kita mnjadi hamba yg terbaik..mati itu pasti..moga kita tidak terlambat utk bertaubat..biar la org sekeliling menghina @ mengutuk atas perubahan kita ke arah kebaikan..smoga mereka jga di beri hidayah oleh Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...sama-sama kita menuju ke arah kebaikan...

      Delete
  3. bila kita masuk dalam bilik gelap dan kita maki hamun kegelapan tu, kegelapan tu tetap takkan hilang... tapi kalau kita bawa masuk lilin atau lampu, kegelapan itu akan hilang sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya kene masuk bilik sambil bawak lilin lah ni?

      Delete
    2. bawak torchlight pun xpe gak hehehe

      Delete
    3. Heeee....bagus gak idea tu...:)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum

    kita same..
    dunia kita same dulu..
    tapi pelan pelan aku berubah..

    jadi bila dah jumpe lelaki yang nak kawen dengan aku..
    kawen la aku..

    aku sekarang ni pelik..
    jelik dengan kengkawan yang masih lagi songsang..

    serasa nak bagitau mereka..
    tahukah korang yang songsang itu berdosa besar..
    tak masok syurga...
    diseksa di kubur dan pasti ke neraka kita..
    dah kebalke badan korang dengan siksaan kubur dan neraka..
    pasti ke sempat bertaubat sebelum ajal datang?..

    kita semua dah tahu yang songsang itu berdosa..
    tapi kita masih lagi nak sayang pasangan sejenis kita?..
    tak tahu ke siksanye kita disana nanti bagaimana..

    dan yang paling penting..
    tak kesian ke pada mak ayah..

    kita buat dosa..
    dorang pon dapat saham dosa jugak..
    ALLAH..

    sampai nak cakap..
    korang takde akal ke nak berfikir..
    dosa tau dosa...
    benda simple pon tak boleh nak fikir..

    kesian aku tengok kawan2 aku yang masih lagi songsang..

    nak tarik dorang dari dunia tersebut..
    tapi siapa la aku....
    dosa sendiri pon tak tahu lagi dah terampun atau belum
    , ini nak mentazkirah orang, belum sampai tahap itu lagi..

    cume aku berharap agar kawan-kawan lama aku cepat sedar dan sempat bertaubat...

    rugi waktu yang terbuang di dunia dengan perkara-perkara begini..

    - mohon kengkawan lame yang penah kenal aku, jangan lahar dengan apa yang aku luahkan..aku sayang korang, tu sebab aku sedeh kawan-kawan still di dunia tersebut

    - kawan kita pusing pusing di situ juga ily -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ina..
      1st aku duk usha...siapakah kamuuu....tapi lepas stalk n stalk arghhhh...xkenal... Salam perkenalan ina...
      Yup, kdg2 aku mcm nk jerit kat diorang semua sudahlah...sudahlah!! Tp aku tau, mereka pun mcm kita dulu2 gak, bila org suruh berubah ada ko terasa nk berubah?? Dunia ini aku yg punya weiii!!!

      Sbb tu aku cuba pendekatan lain utk mengajak mereka berubah, bukan mudah...bukan usaha yg senang... Tapi perlahan2 aku cuba berdakwah tanpa memutuskan hubungan silaturahim antara aku dan mereka.. Setiap hari aku berdoa agar mereka ditemukan jalan pulang.. Semoga mereka cepat tersedar mereka dijalan yang salah!

      Dan semoga mereka kenal siapa tuhan mereka..

      Delete
  6. betul beb..

    dulu bila orang tego kita,kita wat derk je..
    menda ni sume kene semulajadi..

    tapi nak tunggu semulajadi takot tak sempat..

    kau memang tak kenal aku..cume kawan2 kita je yang berkait..exgf kau pun kawan aku dulu..

    atie dah berubah?..
    atie cikgu tu?..

    ko ingat aimi lagi tak..
    budak tu stdy kat johor dulu..

    ade contact tak..

    aku memang selalu teringat kengkawan lame..
    ;p

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberi sepatah dua kata di sini..:)