Thursday, 29 May 2014

Reefa dan Game...

Sepatutnya hari ini dah start praktis, tapi disebabkan coach xde maka kami praktis depan pc masing-masing dan bekerjaya...:):)

Wednesday, 28 May 2014

Aku akan sentiasa update blog!

Ceh! Tajuk nak poyo...wa baru tau ade apps BLOGGER kat ipad ni...bukan wa x rajin nk update, zaman sekarang dah terlalu mudah, lu snap pic, then post direct kat FB, kat Insta...tu yang jadi punca blogger2 mcm hilang arah dan akhirnya malas nk update...yelah kat FB citer tu, kat INSTA citer tu, kat BLOG citer tu....lu hingat kawan lu xmuak?? 

Disebabkan apps BLOGGER ni wujud, wa rasa wa akan beralih post pelan2 ke blog...sebab wa rasa kat blog more privacy...yelah xde reader mmg privacy lah kan....kat blog wa senang nak tracking mana2 post lama wa, mcm resepi ke, kisah suka duka ke kan....kalau kat FB panjang cerita....wa nak kene click satu-satu ke bawah...agak leceh...



Sekian,

ERH

Ikhtiar

Nampak macam terdesak...ish..bukan terdesak...umur wa da 29thn ni...wa ni bukan jenis reti nk mengurat, flirt2 miang2 depan laki... Zaman bercinta ngn perempuan pun wa bermasalah nak dapatkan gadis...inikan pulak lelaki....

Makanya wa ambil pendekatan secara maya...yelah, ini merupakan salah satu ikhtiar wa kan...kalau orang kata wa memilih, wa bukan jenis memilih..asal sedap mata memandang, kuat pegangan agamanya, kuat bekerja, n mampu heret wa ke syurga, wa dah bersyukur...

InsyaAllah, wa harap ini salah satu usaha yang wa boleh buat...nak harapkan kawan2 wa tolong tanyakan kat org yang wa minat?? Haraammmmmmm sampai skrg xde sorg pun yg sanggup nak nolong....kaedahnya, wa kene mulakan dulu?? wa rasa better wa mulakan dekat dalam ni...yelah, majoriti yang masuk sini mmg mencari jodoh masing2..:) so xlah malu sangat...biarlah xkenal, dari yang kenal tapi xde link kan???

Doakan wa ya kawan2..:)



Friday, 9 May 2014

Muslimah Nazrey

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


Tuesday, 6 May 2014

Perasaan yang Indah

Jika dulu wa sering memberikan bahu jika kawan2 wa break up...bagi kata-kata semangat...turut sama memaki sang gadis ataupun sang pengkid...

Tapi kini wa gembira bila mereka break up...dan x lupa wa sempat sujud syukur, kerana "mereka berdua diberi peluang untuk berubah" wa sangat2 gembira, bukan sebab wa suka, tapi sebab wa bersyukur, mereka tidak lagi berada dalam jalan kita-kita buat sementara waktu....

Terpulanglah kepada para sahabat, sama ada nak rebut peluang yang Allah dah beri sebagai satu jalan untuk berubah, atau nak teruskan pencarian sang gadis mahupun sang pengkid...

Percayalah, bila kita single, kita akan ada lebih masa untuk fikir kemasa arah kita di padang Mahsyar...sama ada nak terus menetap di Neraka selama beribu tahun lamanya, atau nak cepat2 keluar untuk berlari ke Syurga.....

Kamu dah dewasa, kamu bukan lagi bayi...kamu dah pandai buat keputusan..keputusan di tangan kamu wahai sahabat...

Tuesday, 29 April 2014

Me and semenanjung

Bismillah,

Alhamdulillah diam x diam dah hampir 3 bulan wa dipindahkan secara paksaan ke Putrajaya ni...perasaan masih sama....jiwa masih tertinggal kat kepulauan borneo....entah kenapa 3 bulan banyak benda x menjadi...banyak perkara x menjadi....hubungan dengan keluarga sedikit renggang...hubungan dengan sahabat sedikit renggang..apekah kota batu dah meragut semua masa wa?? Tiada jawapan.....

Kerja? Alhamdulillah, dari segi paper work n boss, wa rasa kat Putrajaya lagi aman..lagik relax, kerja yang ada itu je yang wa kene ngadap..habis kerja rehat, main game...kerja add hoc? Belum lagi atau mmg tiada mungkin?? Kawan2 opis?? Belum ada yang boleh wa bawak keluar pekena Nanchos Cheese ataupun di ajak makan seafood....belum ada BFF, belum ada melepak rumah rakan sepejabat...

Kewangan?? As usual, meruncing ke ok...ok ke meruncing...duit banyak shopping non stop, duit xde duduk kat rumah...tp since duduk sini, gaji mmg terpaksa digerakkan utk beberapa pembayaran...dulu?? Gaji digerakkan utk berjimba...wa masih memikir bisnes apekah yang boleh wa buat kat sini...

Kehidupan?? Life kat sini xlah best sangat...masing2 keluar opis bawak keta umpama di rasuk...entah apa yang dikejarkan pun wa xtau...walhal sinilah pejabat, sinilah rumah...kadang2 wa rasa memandu kat sini xselamat langsung...merempit kat sini umpama membunuh diri...entahlah...

Kucing?? Wa belum ada niat nak bawa Blacky, Bluwwee, Babyboy, Papper ke sini....apatah lagi membela kucing baru?? Langsung xterfikir...yang pasti sini sunyi...hiburan kat sini xseindah hiburan wa kat sana...

Masa?? Wa seakan-akan terserap satu kuasa masa yang hilang di sini...malas menjadi-jadi...letih menjadi-jadi...hujung minggu kalau xde program balik kampung driving...itu pun cuma 2 hari yang xsampai 48jam wa di JB... Entahlah...

Yang pasti tinggal di sini tiadalah se gah mana seperti yang anda lihat mereka di sini..atau mungkin wa xpandai hirup udara sini??

Wa biarkan saja masa berlalu, wa biarkan saja murung menghinggap...luaran biarlah suci..luaran biarlah masih ILI....dalam tetap taman astakona...



Wassalam....
Eazlye Reefa


Wednesday, 23 April 2014

Tips Penyediaan Makanan Untuk Seminggu

Disebabkan list ni asyik hilang jek maka wa copy terus dari blog : Tips UNTUK MENGURUSKAN KEHIDUPAN DIRI

AMARAN : semua isi kandungan post kali ini adalah peniruan bulat secara copy dan paste dari Blog tersebut.

Tips frozen lauk:
Tips  kali ini untuk  kawan-kawan yang  working wife yang rajin memasak eloklah diamalkan, sediakan bahan-bahan pada weekend…bukan apa plan in advance , ini dapat elakkan kita dari keadaan yang kelam kabut keesokkan hari. Walaupun saya tidak bekerja tapi saya tetap sediakan bahan-bahan  terlebih awal, selain memudahkan ,menjimatkan elektrik, dapur nampak lebih bersih teratur kemas, selain  itu dapat menjimatkan masa, masa yang ada boleh layan anak-anak..lagi best dapat melayan internet..hehehe. Sebelum itu mari kita semak  apa yang kita perlu sediakan dahulu.

1. Sayur herba - halia, kunyit hidup, lengkuas - wrap dengan cling wrap. masukkan di dalam petiais, halia sekiranya dalam kuantiti yang banyak besar , potong bahagian yang hendak di guna untuk 2,3 hari, sebahagian lagi di wrap cling.


2. Sayur berdaun - Bila balik dari pasar, keluarkan semua sayur-sayur ini biar sebentar wap panas keluar. Bila dah sejuk bungkus dengan surat khabar. Baru masukkan dlm peti sejuk. Kalau balik pasar terus masuk dlm fridge nanti sayur akan berwap — membuatkan dia cepat kuning. Kemudian- potong siap2, jangan basuh/bilas, simpan dalam container plastik tupperware, plastik ware , letak di dalam peti, InsyaAllah bole tahan sehingga seminggu, kadang2 lebih.

3. Ikan - siang, cuci bersih ,kalau ikan tak cuci/siang nanti darah dia menodai badan dan mata — akhirnya ikan nampak tak cantik dan simpan dalam bekas yg sesuai, plastik pun boleh,pastu letak asam keping atau belimbing. Satu bekas untuk sekali masak,supaya nanti tak perlulah nak keluar dan rendam/thaw ikan banyak2 sekali gus padahal nak masak 2 ekor.Untuk segarkan ikan yang dibeku ,rendam dalam susu segar 15 minit.


4. Seafood - Udang basah seperti biasa ,kemudian gaul udang tersebut dengan gula kasar rata-rata setelah membersih dan membuang kulitnya. Kemudian simpan udang itu dalam peti sejuk.

5. Daging - boleh tahan lama di dalam peti dibungkus dengan plastik kedap longgarkan ikatan atau foil seperti pic diatas boleh tahan selama 2bulan, kemudian potong (besar2 pun takpe) tanpa cuci mengikut keperluan masakan. simpan seperti ikan /ayam tadi.






6. Ayam - kalau nak simpan ayam seekor , asingkan dahulu organ bahan dalam macam hati, pedal, masukkan dalam plastik, kerana bahagian2 ini boleh mengeras bila berada dalam perut ayam..kalau di potong, bersihkan dan  asingkan bahagian tulang dan isi / dipotong kecil-kecil (persedian bihun goreng ) senang hendak dibawa keluar nanti



 7. Telur- kalau yang sudah di pecahkan boleh juga dibekukan dengan masukkan sedikit  gula / garam..mengikut quantity telur,simpan di dalam bekas (tupperware).Jangan isi terlalu penuh.



8. Perencah / cili kisar - gunting cili  kering  2 cm panjang…..kemudian  goncangkan  penapis biar biji cili jatuh..kemudian barulah di cuci.. masukkan air..masak diatas api tunggu  mendidih. Angkat dan toskan, sambil tu buang saki baki biji cili yang ada, kemudian blender,.kalau nak sediakan campur bawang..boleh kisar bersama bawang… pindahkan ke dalam bekas kecil-kecil seperti gambar diatas  kemudian bekukan boleh tahan berbulan-bulan..







Kalau sering di gunakan simpan dalam bekas besar tau botol ,caranya berlainan skit..cili yang dipotong dan bersihkan tadi di blander dengan minyak masak dan air, kaedah ini boleh menghancurkan biji cili yg tegar juga..kemudian masak diatas api masukan minyak, garam dan sedikit cuka, masak sehingga pekat dan kering serta pecah minyak. Masukkan dalam botol simpan dalam ruangan sejuk.Tahan berbulan-bulan.Walapun tidak di bekukan.

Kalau buat kuih seperti karipap/donut- dan ada lebih doh letak di dalam plastic  simpan dalam fridge. Frozenkan,bila  rasa nak makan tak perlu tergesa2 nak beli kat kedai.

Susu, mayonis, butter, kicap, sos pencicah, home made jam- simpan di dalam freezer, susu pekat manis tu letak area bawah sekali atas container sayur.. susu memang agak keras sikit, not really keras tapi mcm thick, itu normal . kalau letak luar dikuatiri cepat basi.Barang-barang kering milo,tepung,garam,gula -sumer letak dlm bekas.

Lain2 bahan yang disimpan dlm peti air make sure bertutup, supaya tak bercampur aduk bau, tak dehidrat dan boleh disusun elok2.

Seterusnya untuk yang bekerja . Harap tips yang telah saya berikan dapat menolong anda untuk membantu jadual seharian anda.
- First asingkan, contohnya nak masak ikan singgang, Asingkan 2 ekor ikan selar dalam plastik,potongkan lengkuas, bawang putih, merah, bendi, kunyit hidup dan letak dalam plastik container kecik dan labelkan kat atas kontainer tu .” IKAN SINGGANG”.
- Ikan /ayam untuk digoreng boleh juga dimarinated ,masuk bahan-bahan resipi,simpan dalam beg plastik atau bekas,masa nk guna defrost sekejap selepas keluarkan dari freezer, rasanya lebih sedap sebab meresap ke isi.

Jadi buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja Selain dapat jimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja , cuma sediakan bahan-bahan kering masukkan dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap utk dimakan panas2.

Masak lauk untuk stock seminggu kata lain few dish dalam 7/5 menu selalunya masa hujung minggu…tapi nasi hari-hari kena masak lah ,menu lauk tadi buat untuk sekali hidangan sahaja , masuk dalam satu bekas tupperware, ambil mana-mana lauk yang nak makan , defrost and heat-up,  Jangan sesekali defrost kemudian masuk balik dalam peti,sebab sudah tak berapa fresh,tapi kaedah ini memang menjimatkan dan cepat, bagi anda yang bekerja. Jangan risau makanan tak akan basi punya.,walaupun lauk bersantan,cuma kaedah ini kurang sesuai untuk menu sayur.

Apa yang perlu anda buat :-
1.Guna peti sejuk biasa yang ada 2 compartment 1 untuk freezer dan satu lagi untuk biasa .. pastikan makanan itu betul-betul beku, so sebelum pergi kerja keluarkan mana2 yang hendak dimakan malam nanti…taruh dalam freezer  nanti tak lah guna masa lama utk defrost kan semula.
2. Resepi /Menu yang boleh dimasak… gulai lemak cili api, kari, kurma, tumis asam pedas, segala jenis sambal, lodeh, tempe, rendang apa2 pun boleh.. nasi beriyani pun boleh… nanti bila reheat nampak dan rasa macam fresh
3.Guna / beli bekas plastik yang boleh digunakan dlm microwave… kalau tak ada microwave.. boleh panaskan dalam periuk biasa/kuali..
Kaedah ini juga sesuai untuk sesiapa yang nak travel lebih kurang seminggu, susah nak dapatkan makana halal..beli stok nasi goreng, mee goreng, tom yam dan sebagainya selama mana berada disana,kemudian masuk dalam ice bag…nanti sampai sana terus masuk freezer… setiap kali makan.. ambil satu dan panaskan…Begitu juga kalau ada lebihan nasi kenduri dan sebagainya.

Tips lagi:
1. Masa masak elakkan pakai gelang, cincin, jam, sebab ada kotoran takut ikut masuk dalam masakan kita. Plus kalau kita basuh dengan limau nipis, cincin nanti terhakis.
2. Baca bismililahi allahumma barakkta pada setiap masakan.
3. Susu yg bertin jangan masukkan terus dalam peti ais dgn tinnya. Sebaik2nya salin dgn bekas plastik dan labelkan. Sbb tin ada bahan kimia.
4. Wrap sayur2 dalam plastik yg kecil2.. Jagan lepas balik pasar terus masukkan dengan plastik2 , dikhuatiri ada bakteria.
Masak dengan penuh kasih dan sayang..niat masakan ku umpama masakan di syurga, jangan lupa setiap makanan atau bahan yang di cuci di sertai dengan salawat kepada junjungan s.a.w.
…………………………………………
Sesambil kita masak tu kita tak nak lah buang semua benda dlm tong sampah ..nanti busuk kan?
- Buat mcm ni, bila buka sardin atau apa apa makanan dlm tin ..cuci tin tsbt sebelum masukkan dlm tong sampah.
- Kulit udang, isi perut ikan dll — bubuh dlm plastik kecil simpan dlm freezer. Bila hari lori bandaraya sampai baru masukkan dlm tong sampah.
Cara ni tak buat tong sampah kita busuk dan dihurung lalat, semut.