Wednesday, 4 June 2014

Projek Ramadhan Reefa

Bulan puasa ni wa macam nak buat amal jariah, macam sediakan atau give away free food to sesiapa saja..tapi memandangkan wa bekerjaya, maka nya wa rasa hari sabtu n ahad adalah hari paling sesuai...lokasi?? Entah....kalau bole wa xnak lah keluar dari putrajaya, kang nak ngadap jem bagai..malasss....tapi kat putrajaya ni ade ke golongan yang mahu makan percuma atau xmampu?? 

Lokasi :
- Putrajaya
- Bangi
- Kajang

Menu: 
- Roti Jala kuah kari ayam
- Roti John
- Lauk pauk ringkas (nasi + ayam + sayur)

Kalau wa yang pergi mencari dan memberi dimanakah kawasan yang sesuai?? Kalau wa menunggu orang datang untuk mengambil makanan adakah yang sudi?? 

Mungkin wa akan buat give away untuk 50 orang?? Bergantung kepada kesediaan poket wa... Semua ni dalam perancangan lagi...InsyaAllah wa siapkan paperwork tentang bajet n wa cuba riki2 kawasan...hope berjaya dan menggembirakan...:) 




Gambar di atas semuanya gambar hiasan yerp..:) 

Eazlye Reefa...

Tuesday, 3 June 2014

Taubat?? Sekarang atau esok?

Sejak akhir2 ni ramai yang mintak jumpa, ramai yang mintak wa beri pendapat mcm mana nak bertaubat, macam mana nak keluar dari kehidupan lama mereka...sebagai orang yang baru mengenali agama islam wa xberapa berani nak bagi pendapat...wa xberapa berani nak bagi pandangan...

Untuk berubah sebenarnya perlukan kita berkorban....kalau kita single is yes! Ianya mudah..kalau kita ada pasangan is susah! Sebab apa wa kata begitu?? Sebab kamu bercouple bukan baru semalam...ada yang dah couple 10/20 tahun...hati budi masing2 dah abis dah kamu berdua kaji... Tiba2 kamu berubah ke jalan Allah....satu pihak xakan setuju! satu pihak akan memberontak! Satu pihak akan mati! Untuk meninggalkan pasangan kita dan keluar terus adalah sangat kejam....tapi kalau kita ada kekuatan tu, InsyaAllah Allah akan bantu....

Tapi lagi mudah jika kita sama-sama mengajak pasangan kita berubah!  Berubah kerana Allah! Dan bila kata kedua-dua hati nekad nak berubah, keluarlah salah seorang kamu dari rumah kamu berdua tinggal! duduk berasingan...pergilah kelas agama sama-sama...belajar hidup normal, belajar hidup sendiri.... Jika masih duduk berdua bimbang iman akan goyah, dan akhirnya kamu berdua tenggelam semula...
Taubatlah bersungguh2...jangan kita tunggu pintu taubat tertutup baru kita nak bertaubat...jangan kita tunggu kita dah nazak baru nak bertaubat! Wa bukan orang baik.. Wa bukan lah orang yang agamanya kuat...tapi wa belajar untuk mendalami satu-satu perkara...andai kata pasangan kita xsetuju, lari lah..keluarlah...hilangkan diri...apa yang perlu sebenarnya kekuatan diri sendiri! Dan tanyalah diri sendiri, untuk apa kamu hidup hari ini??? 

Wa salute kawan2 wa yang dah berubah, yang dah berkahwin...Alhamdulillah....mereka berjaya berkorban...dan mereka tidak terkorban! Wa xpandai nak selesaikan masalah bagi mereka yang nak bertaubat tapi dalam masa yang sama masih sayangkan hubungan duniawi...sebab jika kita biarkan sayang tu berlarutan maka tertangguhlah jiwa untuk bertaubat....

Dan jika kamu dipihak yang masih mahu teruskan hubungan ini, tetapi pasangan kamu mahu berubah dan bertaubat, relakan lah....sokonglah! walau hati kamu terluka, x apa itu cuma duniawi....sokonglah, sebab mereka perlukan kekuatan untuk tinggalkan kamu....janganlah kamu menghalang! kenapa perlu ego dan pertahankan cinta kamu sedangkan pasangan kamu mahu berubah dan kembali ke jalan Allah??


 Fikirkanlah...mana lagi untung buat kamu...


Eazlye Reefa.


Thursday, 29 May 2014

Reefa dan Game...

Sepatutnya hari ini dah start praktis, tapi disebabkan coach xde maka kami praktis depan pc masing-masing dan bekerjaya...:):)

Wednesday, 28 May 2014

Aku akan sentiasa update blog!

Ceh! Tajuk nak poyo...wa baru tau ade apps BLOGGER kat ipad ni...bukan wa x rajin nk update, zaman sekarang dah terlalu mudah, lu snap pic, then post direct kat FB, kat Insta...tu yang jadi punca blogger2 mcm hilang arah dan akhirnya malas nk update...yelah kat FB citer tu, kat INSTA citer tu, kat BLOG citer tu....lu hingat kawan lu xmuak?? 

Disebabkan apps BLOGGER ni wujud, wa rasa wa akan beralih post pelan2 ke blog...sebab wa rasa kat blog more privacy...yelah xde reader mmg privacy lah kan....kat blog wa senang nak tracking mana2 post lama wa, mcm resepi ke, kisah suka duka ke kan....kalau kat FB panjang cerita....wa nak kene click satu-satu ke bawah...agak leceh...



Sekian,

ERH

Ikhtiar

Nampak macam terdesak...ish..bukan terdesak...umur wa da 29thn ni...wa ni bukan jenis reti nk mengurat, flirt2 miang2 depan laki... Zaman bercinta ngn perempuan pun wa bermasalah nak dapatkan gadis...inikan pulak lelaki....

Makanya wa ambil pendekatan secara maya...yelah, ini merupakan salah satu ikhtiar wa kan...kalau orang kata wa memilih, wa bukan jenis memilih..asal sedap mata memandang, kuat pegangan agamanya, kuat bekerja, n mampu heret wa ke syurga, wa dah bersyukur...

InsyaAllah, wa harap ini salah satu usaha yang wa boleh buat...nak harapkan kawan2 wa tolong tanyakan kat org yang wa minat?? Haraammmmmmm sampai skrg xde sorg pun yg sanggup nak nolong....kaedahnya, wa kene mulakan dulu?? wa rasa better wa mulakan dekat dalam ni...yelah, majoriti yang masuk sini mmg mencari jodoh masing2..:) so xlah malu sangat...biarlah xkenal, dari yang kenal tapi xde link kan???

Doakan wa ya kawan2..:)



Friday, 9 May 2014

Muslimah Nazrey

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


Tuesday, 6 May 2014

Perasaan yang Indah

Jika dulu wa sering memberikan bahu jika kawan2 wa break up...bagi kata-kata semangat...turut sama memaki sang gadis ataupun sang pengkid...

Tapi kini wa gembira bila mereka break up...dan x lupa wa sempat sujud syukur, kerana "mereka berdua diberi peluang untuk berubah" wa sangat2 gembira, bukan sebab wa suka, tapi sebab wa bersyukur, mereka tidak lagi berada dalam jalan kita-kita buat sementara waktu....

Terpulanglah kepada para sahabat, sama ada nak rebut peluang yang Allah dah beri sebagai satu jalan untuk berubah, atau nak teruskan pencarian sang gadis mahupun sang pengkid...

Percayalah, bila kita single, kita akan ada lebih masa untuk fikir kemasa arah kita di padang Mahsyar...sama ada nak terus menetap di Neraka selama beribu tahun lamanya, atau nak cepat2 keluar untuk berlari ke Syurga.....

Kamu dah dewasa, kamu bukan lagi bayi...kamu dah pandai buat keputusan..keputusan di tangan kamu wahai sahabat...