Wednesday 17 April 2013

Resepi: Mari Menjala

Resepi ni akuh ceduk dari Kak Azlita Masam Manis..termasuklah cara2 membuatnya skali.....Masa hujung bulan 4 hari tuh akuh balik JB, balik sebab ingin memenuhi 3 jemputan serentak, Rumah Hidayah Ali, Pn Dayah n Hera..hah, macam nih lah best..skali balik 3 rumah akuh g makan nasik minyak...kalau setakat 1 rumah x berbaloi rasanya beli tiket flight last minit..huhu...

Pn Dayah minta tolong buatkan roti jala 3kg untuk majlis Khatam Al-Quran adik dia, disebabkan akuh terlupa nak bawa acuan dari Kuching, so akuh bergegas g beli kat Daiso ..sebotol RM5...akuh sebat 8 botol terus..konon2 nak memudahkan proses menjala, skali frying pan ada satu jek..maka, APTB....kepada rerakan yang di Kuching bolehlah tempah Roti Jala saya..sekilo RM18 saja..boleh dapat dalam 80 pcs gaklah kan..

owh yea, kari ayam ami yang buat...sbb akuh nya kari x sesedap ami....


 Ni lah botol yg akuh beli kat Daiso..tapi kat DIY pun ader, murah lagik, dalam RM2.90 kot selai..


 Memula buat macam nih..


 Lepas tuh macam nih..


Ni Makcik ku sedang menolong melipat dan menggulung...



Shela n huda dtg, akuh dapatlah cabut kejap g duduk2 rehatkan pinggan...


ni resepi yang akuh ceduk dari Kak ita...secawan tepung boleh dapat dalam 11-15 keping, depends besar mana roti jalanya..:)
ROTI JALA
By : Adnan Ibrahim [resepi asal] 
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar ~ optional, kalau tak nak susu, letak air
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air atau minyak zaitun
Secubit garam
Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah.
Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi.
Ketepikan 10 minit.
Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci.
Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat
Kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung.
Kemaskan dan alih dalam pinggan.
Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap.
Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.

Sebenarnya bukan nak share cerita/resepi..more kepada share gambar nih..:)

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Boleh ke saya buat tempahan utk roti jala.? Utk event family day di universiti saya

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberi sepatah dua kata di sini..:)