Thursday 13 June 2013

Hari MC

harini akuh MC di sebabkan kesakitan yang amat sangat di bahagian ( . )( . ), saket dia macam denyut- denyut, macam membekak pun ader, n akuh pergi dapatkan rawatan di Helen Ngu Surgery And Clinic For Women, ni pun atas suggestion amoi Ean Tzee n Rayner..akuh ada jugak buat Pre-test sendiri kat rumah.. tapi hasilnya Negative...

Agak happy lah sbb negative, tapi yang x happy nya, saket tu masih lagik ada...time akuh menaip sekarang pun masih lagik berdenyut2...masa check up, akuh di raba oleh doktor helen, hamboii amik kesempatan betul..! nasib baik doktor perempuan, tapi yang x bestnya dia dah tua..kalau doktor gadis mau akuh bacaaakkk kan doktor tu..hahaha..Hasilnya, doc cakap cuma muscle pain saja..x ada apa2 yang serius..


Doktor bagi ubat apetah, katanya untuk mengurangkan pembekakkan n muscle pain akuh nih.. hasil dari consultant+MC+ubat 3 paket harga yang perlu akuh bayar adalah RM130... perrghhhhh hebat benar harga tersebut..!!! x apalah, janji akuh dah ambil langkah berjaga-jaga..takut jugak kalau2 ada lump ke, ada kanser ke..adalah lebih elok akuh berhabis sikit dulu, dari terhabis beribu-ribu lepas ni...




mungkin kawan2 ramai dah lupa cara-cara nak check kot2 ada biji yang x di ingini ke or pengesanan awal kanser payudara ni meh akuh ajar cara-cara dia...khas buat wanita-wanita, gadis-gadis juga abang-abang pengkid kat luar sana ya..:)



anda cuma perlukan masa x sampai 10minit untuk check sendiri dada anda..cara-caranya g baca sendiri kat atas ni...dulu pun pernahkan kita belajar cara-caranya...

Helen NGU Surgery And Clinic For Women  
Central Park Commercial Centre, Lot 2579, 251, Third Mile Bazaar, Kuching, 93200, Kuching, Sarawak Tel:082-251 999 
Fax:082-251 966 
HP:019-886 6987 

  🍣🍣🍣🍣🍣🍣🍣🍣 

Lepas beramas mesra dengan Doktor Helen, akuh n amoi pergi melepak kat Plaza Merdeka... atas tujuan?? xde tujuan...n saja masuk speedy, skali terjumpa CD Zumba ni..akuh beli 2 helai, 1 akuh bagi amoi, 1 lagik akuh punya..kengkonon nak bersenamlahkan..tp dada kan tengah saket, so x berapa elok nak bersenam sangat, akuh just cucuk dalam DVD Player, then biarkan dia play ala-ala layan movie menari gitu... hahaha.. tah bila akuh nak start ber Zumba pun xtaulah kan.. doakan akuh rajin untuk berzumba ya kawan-kawan... supaya perut kekal langsing, peha kekal mengurus gitu..haha

RM19.90 sahaja..atau anda boleh dapat free di Youtube..!






No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberi sepatah dua kata di sini..:)