Tuesday 3 June 2014

Taubat?? Sekarang atau esok?

Sejak akhir2 ni ramai yang mintak jumpa, ramai yang mintak wa beri pendapat mcm mana nak bertaubat, macam mana nak keluar dari kehidupan lama mereka...sebagai orang yang baru mengenali agama islam wa xberapa berani nak bagi pendapat...wa xberapa berani nak bagi pandangan...

Untuk berubah sebenarnya perlukan kita berkorban....kalau kita single is yes! Ianya mudah..kalau kita ada pasangan is susah! Sebab apa wa kata begitu?? Sebab kamu bercouple bukan baru semalam...ada yang dah couple 10/20 tahun...hati budi masing2 dah abis dah kamu berdua kaji... Tiba2 kamu berubah ke jalan Allah....satu pihak xakan setuju! satu pihak akan memberontak! Satu pihak akan mati! Untuk meninggalkan pasangan kita dan keluar terus adalah sangat kejam....tapi kalau kita ada kekuatan tu, InsyaAllah Allah akan bantu....

Tapi lagi mudah jika kita sama-sama mengajak pasangan kita berubah!  Berubah kerana Allah! Dan bila kata kedua-dua hati nekad nak berubah, keluarlah salah seorang kamu dari rumah kamu berdua tinggal! duduk berasingan...pergilah kelas agama sama-sama...belajar hidup normal, belajar hidup sendiri.... Jika masih duduk berdua bimbang iman akan goyah, dan akhirnya kamu berdua tenggelam semula...
Taubatlah bersungguh2...jangan kita tunggu pintu taubat tertutup baru kita nak bertaubat...jangan kita tunggu kita dah nazak baru nak bertaubat! Wa bukan orang baik.. Wa bukan lah orang yang agamanya kuat...tapi wa belajar untuk mendalami satu-satu perkara...andai kata pasangan kita xsetuju, lari lah..keluarlah...hilangkan diri...apa yang perlu sebenarnya kekuatan diri sendiri! Dan tanyalah diri sendiri, untuk apa kamu hidup hari ini??? 

Wa salute kawan2 wa yang dah berubah, yang dah berkahwin...Alhamdulillah....mereka berjaya berkorban...dan mereka tidak terkorban! Wa xpandai nak selesaikan masalah bagi mereka yang nak bertaubat tapi dalam masa yang sama masih sayangkan hubungan duniawi...sebab jika kita biarkan sayang tu berlarutan maka tertangguhlah jiwa untuk bertaubat....

Dan jika kamu dipihak yang masih mahu teruskan hubungan ini, tetapi pasangan kamu mahu berubah dan bertaubat, relakan lah....sokonglah! walau hati kamu terluka, x apa itu cuma duniawi....sokonglah, sebab mereka perlukan kekuatan untuk tinggalkan kamu....janganlah kamu menghalang! kenapa perlu ego dan pertahankan cinta kamu sedangkan pasangan kamu mahu berubah dan kembali ke jalan Allah??


 Fikirkanlah...mana lagi untung buat kamu...


Eazlye Reefa.


2 comments:

  1. aku sangat setuju, pengorbanan tulah yang Allah akan lihat dan moga Allah ringankan siksaan kita dan pandang kita dnegan belas, bila kita korban sesuatu kerana Allah.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...berusahalah demi masa akhirat yang cemerlang...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberi sepatah dua kata di sini..:)