Friday 6 March 2015

Kisah Tauladan Buat Semua

Kisah ni aku dapat dalam FB, kisah yg menyentuh hati.. Rata-rata ramai yang komen negatif! 
"Aikk... Hari-hari dengar azan pun xtahu??"
"Islam ke dia ni??"
"Hey..benda simple pun x tahu??"
"Xkan xsekolah dulu??"
"Mak bapak x ajar??"

Kita manusia! Ya kita didik dari kecil kehidupan sebagai seorang Islam!... Tapi berapa ramai yang masuk telinga kiri, keluar telinga kanan?? Masuk alam remaja, jiwa remaja memberontak nak kan kebebasan... Bila di suruh solat, kita pergi toilet, basahkan tangan sikit, kaki sikit, cuci muka n basahkan jambul... Kemudian masuk bilik dan tido... Perkara ini berlarutan sehingga alam belajar di University... Bila masuk alam pekerjaan, tinggal berasingan dengan keluarga, azan/iqamat/solat/Al-Quran semakin dilupakan.... Tup, tup eh nak kawen dah.... Maka bermulalah episod kita menipu sekeliling, tipu mertua, tipu isteri yang kita sebenarnya ada juga solatnya... Tapi ujian sebagai seorang lelaki muslim yang dah lama lupakan agama timbul ketika kelahiran anak pertamanya... Apa?? Perlu azan??? 

Percayalah, ada manusia begini... Jika tahu azan, mungkin dia lupa cara baca Al-Fatihah... Jika dia pandai baca Al-Fatihah, mungkin dia x hafal surah lazim... Apatah lagi segala bacaan ketika rukuk, sujud, dan sebagainya??

Mungkin kita pernah belajar, tapi kita tidak amalkan, maka terlupalah semuanya... Xmengapa, belajar lah dari saat anda baca post ni... Jika terasa beban, belajarlah kerana akan malu jika terkena situasi begini... Perlahan-lahan kita akan tahu, dari kita mula buat sebab malu, akhirnya kita buat kerana Allah! kenapa saya xkatakan dengan "buatlah kerana kita malu dengan Allah??" Sebab, bila kita dah tersasar jauh, Kita pun akan lupa siapa Allah! 

Nak berubah itu mungkin sukar, tapi nak terus Istiqomah lagi sukar! Tapi percayalah, Allah akan bantu jika kita berusaha mendekatinya... Susah?? Tidak sebenarnya... Caranya sama macam kita nak basuh periuk nasi yang penuh dengan kerak yang hangus... Kalau kita jirus air, bubuh sabun dan terus gosok periuk nasi tu, mau 18jam x bersih2... Cara mudah, kita rendam dalam air malam ni, esok balik kerja kerak dah kembang, boleh lah cuci dengan senang... Sama juga dengan hati/jiwa/diri kita... Lembutkan hati dulu, kemudian semuanya akan mudah!

Bila nak mulakan?? Mulakan bila anda tahu lepas habis baca post ini nyawa anda mungkin akan ditarik dan semuanya dah xbermakna! Sebab apa, kita xtahu bila Allah nak tarik nyawa kita... Tapi kita tahu, Allah beri kita kehidupan selepas selesai baca post ini untuk kita berubah ke arah kebaikan! Berubah ke arah menjadi seorang Mulim/Muslimah sejati! Kembalilah kepada jalan yang lurus...! Jangan ditunggu nafsu duniawi hilang baru terfikir wujudnya Pencipta kita... 

Untuk apa kita hidup hari ini?? Adakah untuk meneruskan maksiat semalam?? 


Hari yang cukup meletihkan. Menyakitkan. Memeritkan. Empat jam penuh debaran dan bergelut dengan nyawa akhirnya disudahkan dengan tangisan.Tangisan seorang bayi lelaki. Tangisan kegembiraan diri sendiri juga. Suami di sisi juga mengalirkan air mata. Anak sulung kami. Ajaib. Terasa hilang seketika seluruh kesakitan melahirkan tadi tatkala melihat bayi lelaki yang masih kemerahan kulit badannya di depan mataku sendiri.

Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Jururawat membawa anak sulungku itu ke sisiku.Ku kucup pipinya yang comel. Bayi yang tengah menangis tadi mereda tangisannya. Mungkin mengenali aku ini ibunya.“Mama dan abah tunggu kamu sembilan bulan, tau.”

Bergenang air mataku sekali lagi mengingatkan peritnya dan besarnya dugaan selama mengandungkan anak pertama. Dengan pelbagai ragam diri sendiri, asyik nak muntah, cepat sensitif, cepat nangis, cepat marah, asyik nak pitam pening kepala. Tuhan sajalah yang tahu. Nasib baik dapat suami yang memahami.Kami bernikah tahun lepas. Terus BUNTING pelamin. 

Suamiku orang biasa saja. Bukan ‘suamiku ustaz’ bagai tu semua. Taklah kaya. Cukuplah apa adanya. Cukup ada rumah sewa untuk didiami, cukup makan pakai sekadarnya.Aku pun biasa-biasa. Macam orang keramaian saja. Tudung pun tak betul lagi. Suamiku kata, ‘nanti awak dah ready, pakailah betul-betul.’ Dia sendiri pun masih dengan seluar pendeknya bila keluar dari rumah. Aku pernah tegur. Dia kata, dia pun tak ready lagi. Sama macam aku tak ready.

Jururawat dah selesai mencuci bersih anak kami, berbungkus selimut. Dah wangi-wangi. Menyerahkannya kepada kami.Doktor pun sudah menyelesaikan tugasnya, cuci luka dan sebagainya yang berkaitan. Aku dipindahkan ke katil dan wad lain yang telah siap disediakan.

Mertuaku dan ayah mak dah ada di sisi. Semua orang ada. Dengan muka gembira. Yang tua, happy dapat timang cucu. Aku dan suami happy dengan orang baru dalam keluarga kami. Dipeluk cium bayiku yang comel tu.“Azankanlah di telinga budak tu.”Ibuku bersuara. Diserahkan bayi dalam dakapannya tadi kepada suamiku. Suamiku menyambutnya dengan cermat.“Kena azan ke?” Suami bertanya. “Wajib eh?”

Doktor lelaki yang ada di situ mencelah.“Ustaz Zahazan kata, apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan. ”Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit”.

Suamiku terdiam seketika.Dalam 10 minit dia diam. Ibu bapaku dah rasa pelik. Dah kenapa pula dengan menantunya itu.Tiba-tiba suamiku itu menangis. Menitiskan air matanya. Jatuh menitik ke muka anak kami.“Maafkan abah. Abah tak pandai nak azan. Sungguh, abah tak reti.”

Aku sebak. Ibu bapaku terkejut sedikit. Namun, tenang saja. Mentuaku nampak seakan dah tahu.

“Abah tak jujur pada mama kamu. Bila masuk waktu solat, abah kata nak pergi masjid. Tapi, sebenarnya abah tak pergi pun.Abah keluar lepak dengan kawan-kawan. Abah tak pernah jadi imam di rumah untuk mama kamu.Apatah lagi mengajar mama Al-Quran. Abah tak reti. Maafkan abah. Maafkan abah.”

Suamiku itu terus menangis sambil mendakap anak lelaki sulungnya itu. Anak itu tidak pula menangis. Seakan-akan memahami ayahnya sedih.

“Maafkan saya, ma, abah. Maafkan saya." Suamiku itu meminta maaf dengan parentsku dan mentuaku. Aku turut menitiskan air mata. Selama ini, suamiku itu tak pernah macam hari ni.

“Takpe. Biar ayah saja azankan. Tapi, janji dengan ayah dan mak, lepas ni kamu berdua kena sama-sama pergi belajar agama. Kamu suami adalah pemimpin keluarga.Baiki diri. Jangan selesa dengan perangai zaman bujang. Dah tak sama dengan zaman berkeluarga. Dekatkan diri dengan Allah. Kamu yang akan bawa anak dan isteri kamu kepada Syurga Allah.Kita keturunan Nabi Adam dan Hawa yang berasal dari Syurga. Kampung asal kita di sana. Kita tak nak balik ke kampung yang satu lagi tu."

Suamiku bangun dan memeluk ayahku, memeluk ayahnya. Berjanji akan berubah sepenuh hati. 

Menangis-nangis menyesal dan insaf.Syukur. Anak yang baru lahir itu adalah pencetus hidayah Allah kepada suami dan aku sendiri.Aku tersenyum dalam tangisan. Moga semua lelaki di dunia ini persiapkan diri dengan agama sebelum berkeluarga. Jangan diharap pada si isteri yang kena merubah suami.Mohon sayangi isteri dan suami masing-masing walaupun tidak sempurna sikapnya, soleh atau solehahnya. Allah dah satukan kamu berdua kerana Dia tahu pilihan-Nya terbaik. Sama-sama berubah ke arah lebih baik.



1 comment:

Terima Kasih kerana sudi memberi sepatah dua kata di sini..:)