Monday 17 June 2013

Review : Jangkar / Jantan Waterfall

Sabtu lepas akuh, Yap, Dayah, Shikin dan Ada pergi berlibur di Air Terjun Jangkar.. Perancangan asal kami sepatutnya bertolak dari rumah Yap jam 7am..tapi disebabkan kegagalan akuh untuk bangun pagi, maka kami bertolak dalam jam 8am.. itu pun selepas Dayah kejut akuh pukul 7am...kelam kabut akuh bersiap..

kami singgah di Kedai makan area MJC, Batu kawa untuk breakfast..[wajib makan dulu sebelum ke sana, sebab kedai makanan halal terakhir hanya boleh di jumpai di MJC] kalau anda terlepas MJC anda boleh makan di pekan lundu, tapi terpaksa menahan lapar selama 1jam 15 minitlah..

gedebak, gedebuk kami sampai di Kampung Jantan jam 11am..terus daftar dekat Koperasi [masa ni kami confident bayar RM100 untuk 5 orang dan RM5 untuk parking kereta] dan kami di beri Encik Abas sebagai  guide untuk kami masuk ke Hutan..

maka bermulalah ekspedisi kami selama 1 jam 15 minit meredah hutan belantara...

parking di celah-celah rumah orang..


masing-masing bersemangat...


Ada dan Dayah mmg hebat, diorang jalan giler laju..!!


ni akuh, Yap n Shikin dah hampir mati keletihan....


ada 2 pondok kat sini, xtau untuk apa....x singgah pun


Finally..!!!! kami sampai sudah..selepas 10kali berhenti mintak nyawa ala-ala Candy Crush Saga..
waktu ni akuh sopan lagik..




hah, masa ni akuh dah tunjuk body2 gemuk akuh kat orang awam dah..
kami masa ni dekat 1st Waterfall.. ramai yang panjat batu belakang shikin then terjun..[next time akuh wajib  buat...!!]

🌟🌟🌟🌟


Masa makan dan minum, mandi-mandi dekat 1st Waterfall, akuh sempat berkenalan dengan beberapa tourist dari Singapura yang baru sampai..dan terus join diorang tangkap Udang kecik.. akuh berjaya tangkap sekor udang besar ala-ala jari kelingking.. then masa ni akuh tergerak nak tanya nama guider yang bawa bebudak singapore ni..nama beliau BENYAMIN..!! demmit..! orang ni lah yang ramai suggest amik sebabgai guider.. dan dia lah yang bawa kami ke 2nd Waterfall..nak ke 2nd Waterfall ni jalan die agak susah, jalan majoriti semuanya pacak..90 degree...!


Tapi pemandangan dari atas, SubhanAllah!! cantek sangat2...

gamar2 di atas semuanya di ambil oelh Encik Ben, kami punya Encik Abas duduk dediam jek...








Kasut masa balik mmg dah nazak...kesian giler..!!!




✖✖✖✖✖

Trivia:
  1. anda di nasihatkan sarapan sebelum bertolak ke Lundu
  2. masa yang sesuai sampai di sana adalah selewat-lewatnya jam 1230pm.
  3. anda boleh request "ayam pansuh" dan beberapa jenis masakan dari BEN..insyaAllah halal..sebab dia orang islam..
  4. pastikan anda memakai kasut yang sesuai dan kasut yang tahan lasak..bukan pakai kasut yang dah setahun x pakai, nanti jadi macam saya...pakai selipar pun boleh, tapi xselesa lah kan..bahaya jugak..
  5. air sebotol besar cukup untuk perjalanan pergi dan balik..
  6. kalau anda bukan jenis yang fit sangat, xperlulah bawak barang berat-berat..
  7. baju-baju boleh ditinggalkan di kereta, sebab anda akan bersihkan badan di tandas yang disediakan di bawah..
  8. tiada tandas di atas, untuk segala urursan pembuangan toksin sila buat sebelum memulakan pendakian.

info Jangkar Waterfall:

  • Jangkar waterfall terletak lebih kurang 95km dari Bandar Kuching iaitu 1 jam 30 minit memandu..untuk ke sini anda perlu ikut Jalan Batu Kawa dan belok kanan masuk ke simpang Lundu/Sematan, dari Jalan Lundu/ Sematan anda akan jumpa simpang tiga.Ambil kiri dalam 10 minit anda akan jumpa Jalan Biawak di sebelah kiri. Kemudian anda akan jumpa Kampung Jantan kira-kira 5 minit perjalanan, masuk simpang kanan...
  • Anda akan masuk jalan kampung dan akan jumpa Koperasi, kalau boleh jangan pergi ke Jangkar menggunakan perkhidmatan koperasi, kerana anda akan dikenakan bayaran berlebihan daripada koperasi. Adalah dinasihatkan supaya anda mencari Encik Benyamin Hasumo [014 899 9158] kerana khidmat guide dia sangat bagus.. Dia akan beri macam-macam penerangan..dan dia juga photographer yang hebat..! hehe





View Larger Map


Ringkasan :

  • Dari Kuching ke Kg Jantan, Semantan = 1jam 30min [bergantung kepada pemanduan anda], 
  • dari Kg Jantan ke 1st Floor Jangkar Waterfall = 1 jam, 
  • dari 1st floor to 2nd floor, 10minit.. 
  • TURUN 30MIN SAHAJA OK..!!!!!

5 comments:

  1. sangat cantik, jalan pun x jauh nak layan waterfall ni...air bersih n sedap..:)

    ReplyDelete
  2. tempat ya ditutup..heran juak..sbb ada orang mati katanya..

    ReplyDelete
  3. Baru lepas tngop rentas 2016 tv1..pasal jangkar waterfall nie..menarik dan cantek..msuk list trip activites sy..btw tq info..^^

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberi sepatah dua kata di sini..:)